Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2024 @ 6:23pm

“Nangis Bila Bekerja Pandai La, Saya Beri 100 Peratus Komitmen” – Ruhainies

Pelakon sensasi, Ruhainies mengakui dia pandai mengalirkan mengalirkan air mata ketika dia bekerja sebagai seorang aktres.

Berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs), Ruhainies berkongsi semula video pendek drama Terjerat di Instagram IQIYI.

Dalam muat naik tersebut, kapsyen Ruhainies berkata dia akan memberi seratus peratus komitmen ketika bekerja.

“Nangis bila bekerja pandai la, kita beri 100% komitmen,” katanya ringkas.

Ruhainies

Sebelum ini, Ruhainies dikritik seperti tiada perasaan dan tampak ceria ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur bersama aktor, Aliff Aziz bagi membicarakan kes khalwat mereka.

Susulan itu, aktres ini berkata dia tidak pandai menangis di depan kamera dan dihadapan wartawan.

Malah, kenyataannya itu meraih respons pelbagai pihak antaranya pelakon, Puteri Sarah yang meninggalkan komen di hantaran bekas isteri Aliff Aziz, Bella Astillah bertanya sama ada dia pandai menangis atau tidak.

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.

Kedua-dua mereka membuat kenyataan demikian semasa sebutan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.

Aliff dan Ruhainies hadir dengan diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.

Artikel Berkaitan: Dikecam Datang Mahkamah Seiring Sejalan Bersama Aliff Aziz Dengan Wajah Ceria, Ruhainies Tak Pandai Berlakon – “Takkan Saya Nak Menangis Pula?”

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Terhibur Puteri Sarah Komen IG: “Awak Pandai Nangis Tak?”

Artikel Berkaitan: Video Reality VS Truth Bikin Netizen Terhibur, Michael Ang ‘Menganjing’ Siapa Tu? – “Tak Pandailah Nak Nangis Depan Reporter, Sebab Tahu Lakonan Pun Kayu Kadang-Kadang…”

Artikel Berkaitan: “Ni Ke BF Yang Nak 1 On 1 Tu?” – Aliff Aziz ‘Repost’ IGs Ruhainies Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: “Bangganya… Siap Minta Orang Doakan” – Warganet Kurang Senang Ruhainies & Aliff Aziz Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman, Pakai Warna Sedondon

Artikel Berkaitan: Dakwaan Bertunang Dengan Aliff Aziz, Ini Jawapan Ruhainies – “Tak Akan Berlaku”

Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Bersalah Kes Khalwat, Ruhainies & Aliff Aziz Mohon Dibicarakan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Thu, 11 Apr 2019

’Saya Dah Sedia’- Alif Satar Bakal Tukar Angin?

Wah, nak try buat apa pula lepasni?

Hiburan Mon, 4 Nov 2019
Hiburan Wed, 14 Jun 2023
Trending Wed, 31 Mar 2021
Hiburan Fri, 13 Oct 2023

Sedang Berpantang, Nad Zainal Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga!

Alhamdulillah, congrats Nad Zainal & Ungku Ismail