Hiburan By: SGMS Faida February 8, 2019 @ 7:48pm

‘Nasib Tak Berapa Baik…’- Siti Sarah Mahu Beraksi Di AJL Tahun Depan

Persembahan Siti Sarah di Anugerah Juara Lagu ke 33 baru-baru ini mendapat maklum balas yang berbeza. Ada netizen berpendapat penyanyi berbakat ini dilihat trying so hard disebabkan sedikit perubahan pada arrangement lagu.

Sarah yang membawakan lagu Semakin memberitahu dia telah berusaha melakukan yang terbaik dari setiap sudut.

“ Sarah dan team telah cuba untuk buat yang terbaik tapi nasib tak berapa baik. Malam final Sarah tak sihat, tekak jadi perit (mungkin over practice) dan ramai yang cakap malam tu nyanyian tidak berapa baik dan agak menjerit,” katanya di Instagram.

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib ini memaklumkan gubahan semula lagu telah diputuskan sejak awal lagi.

“ Mungkin ini kesilapan daripada pihak kami sebab ramai yang suka arrangement asal. Tapi niat hanya satu untuk berikan yang terbaik untuk semua.

“ Insya Allah jika ada peluang lagi di AJL, Sarah dan team akan perbaiki lagi,” katanya memohon maaf.

Sementara itu, Sarah turut mengucapkan terima kasih buat pihak pengurusan, Indigital Music dan kelab penyokongnya, Hearty Sarah atas sokongan pada di AJL, Ahad lalu.

Sarah turut memuatnaik rakaman video yang memaparkan dirinya ketika sesi raptai sehari sebelum bersiaran langsung. Terbaik wak! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Mar 2023
Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Marsha Milan!

Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram […]

Featured Sat, 15 Jan 2022

“Wife Cantik Macam Janna Nick” – Kejelitaan Isteri & Anak Yassin Senario Curi Perhatian

Mungkin nama pelawak dan pelakon, Yassin Senario sebelum ini jarang diperkatakan sehinggalah beliau terlibat dalam sebuah program nyanyian popular baru-baru ini. Terbaharu, viral di TikTok sebuah video berdurasi 15 saat menunjukkan Yassin bersama isteri dan […]

Hiburan Thu, 17 Jan 2019

Baju Kahwin Elfira Cecah RM30,000 Digayakan Cuma Sejam

Wow, RM 30,000 sejam untuk persalinan busana tradisional yang direka khas buat Elfira

Hiburan Fri, 1 Jun 2018

Fuh…Masih Hot Walaupun Hamil Di Usia 54!

Menerusi gambar yang berjaya dirakam, bahagian perut Brigitte kelihatan besar daripada biasa walaupun aktres itu cuba menyembunyikan perutnya.