Duda hot ini seringkali dilihat tampil dengan kemas dan wajahnya yang ala-ala korea itu membuatkan netizen melabel diri beliau sebagai lelaki lembut. Tapi betul ke Nazim ni lembut?

Menitikberatkan gaya dan penampilan, Nazim rajin berfesyen dan mengenakan solekan tebal sehingga menyerlahkan lagi sifat lembutnya itu. Malah, sikapnya yang metroseksual dan suka memakai baju sambil menunjukkan dadanya itu menyebabkan beliau dilabel sebagai lelaki gay oleh netizen.

Malah penampilannya yang agak seksi semasa berada di pentas KLFW 2018 baru-baru ini turut menjadi perhatian. 

Walaubagaimana pun, nampaknya beliau langsung tidak mengambil peduli kata-kata kecaman peminat dan netizen diluar sana yang sibuk memperkatakan tentang beliau. Baginya, cukuplah dia jujur dengan diri sendiri dan tidak perlu berpura-pura.

” Tolak ketepi semua itu. Tidak kira bagaimana saya dilihat, saya sudah pergi jauh. Saya bangga dengan diri saya. Tidak semua orang mempunyai bakat, tetapi mereka bukan memberikan dorongan supaya kita memperbaiki diri, sebaliknya mahu  melihat kita jatuh dan berhenti. Jangan sakit hati! Saya berdoa mereka bahagia dengan kehidupan sendiri dan berjaya pada masa depan.” Katanya

Salma Syahbuddin