Hiburan By: SGMS Putri May 20, 2018 @ 3:23pm

Nazim Othman Solat Istikharah Sebelum Ambil Keputusan Bercerai

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah. Lama juga masa yang diambil oleh Nazim Othman dan bekas isteri Bella Dally yang mengambil masa enam jam untuk berbincang dari hati ke hati berhubung keputusan untuk bercerai baru-baru ini.

Nazim berkata, perbincangan dibuat sehari sebelum dia terbang ke Kota Kinabalu, Sabah bagi memfailkan perceraian mereka.

Perkara itu dikongsikan Nazim dengan memuat naik gambar bersama Bella di Instagram miliknya.

 

Kredit foto: Harian Metro

“Segala kesedihan, punca perpisahan serta hal yang berlaku adalah lebih baik hanya kami berdua yang simpan.

“Kami menerima ketentuan ini dengan berlapang dada dan bersetuju untuk tidak mensensasikan topik ini kepada umum,” katanya.

Menurut Nazim, mereka menghargai setiap nasihat yang datang, tetapi keputusan itu dibuat selepas membuat solat istikharah.

“Kuncinya adalah reda. Walaupun ia keputusan yang berat dan amat menyedihkan tapi saya percaya Allah SWT menghantar setiap ujian itu kepada hambaNya yang kuat dan kami percaya perpisahan adalah jalan terbaik untuk kami berdua.

“Sesungguhnya, Allah sememangnya sebaik-baik perancang. Jadi kepada anda semua teruskan hidup dengan tenang dan positif. Semoga Allah sentiasa mengasihani kita,” tulisnya.

Terdahulu, Nazim dan Bella mengesahkan mereka sudah bercerai menerusi kenyataan di Instagram pada 17 Mei lalu.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Nov 2023

Nabila Razali Selamat Bergelar Isteri Nik Iruwan

Tahniah Nabila Razali & Nik Iruwan!

Hiburan Thu, 5 Jul 2018
Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Alhamdulillah kalau itu yang terbaik!

Hiburan Tue, 7 Feb 2023
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Lan Solo Berhadapan ‘Anak Bawang’

Nasib baiklah bekas vokalis kumpulan Kristal ini memahami dan tidak menyalahkan mereka atas alasan fikiran kanak-kanak berkenaan masih belum matang.

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Selepas Ashraf Muslim, Giliran Shamsul Ghau-Ghau Berangkat Tunai Haji

Menurut Syarifah Azrinah, suaminya dijangka pulang ke tanah air pada 1 September ini dan sebelum ini menunaikan umrah dua kali setahun.

error: Content is protected !!