Nazim Othman Tak Kekok Hidup Sendiri

Sejak bercerai pada tahun lalu, pelakon Nazim Othman mengaku tidak kekok menjalani kehidupan sendirian.

Tahun ini juga bakal menyaksikan Nazim meraikan Syawal dengan gelaran duda untuk tahun kedua.

” Saya sudah terbiasa dengan situasi ini. Saya agak sibuk sepanjang Ramadan ini dan kebanyakan masa dihabiskan di lokasi penggambaran. Jadi, kesunyian itu tidak terasa apabila dapat berbuka beramai-ramai.

” Saya juga tiada masalah sekiranya terpaksa berbuka sendirian di rumah. Sesekali, saya akan penuhi undangan teman baik untuk berbuka bersama-sama. Begitu juga hari raya nanti, tiada apa yang berbeza walaupun saya kini sendiri,” kata Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 tetapi mengambil keputusan untuk berpisah pada 2 Mei tahun lalu.- BH Online. 

SGMS Faida