Categories: HiburanSelebriti

Nazim Othman Terkejut, Remaja Hantar Gambar Seksi ?

Siapa sangka tindakan netizen yang terdiri daripada golongan remaja membuatkan pelakon, Nazim Othman terkejut apabila remaja ini siap menghantar gambar seksi kepada beliau melalui Direct Message (DM) menerusi akaun instagramnya.

Instastory yang dimuat naik oleh beliau semalam turut disifatkan sebagai perbuatan tidak bermoral sehingga menyebabkan diri beliau terkedu kerana perkara itu dilakukan oleh  golongan muda terutamanya remaja.

“Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila membawa setiap mesej mereka. Bukan sahaja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan. Bukan itu saja, ada juga dengan selamba mengajak saya keluar dating dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka dan kebanyakkan nya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang? Mereka bersekolah, tetapi kenapa tidak berfikir dengan baik.” Katanya 

Mengakui dirinya tidak mudah termakan pujuk dan rayu, Nazim turut memberitahu bahawa hatinya sudah terkunci.

“Apabila mereka mengetahui saya solo, mereka mungkin ingin mencuba dan menjangka saya akan layan. Namun, mereka silap sebab saya bukanjenis begitu. Saya solo, tetapi tidak boleh dimiliki. Hati saya sudah terkunci dan kunci pula sudah buang ke laut. Jadi tidak perlu terlalu mencuba. Pergi cuba orang lain yang lebih kacak.” Jelasnya

Salma Syahbuddin