Categories: Hiburan

Neelofa Beri ‘Teaser’ Wajah Abdullah Abbas

Selebriti terkenal Neelofa tampil berkongsi wajah anak keduanya, Abdullah Abbas buat pertama kali ketika menjalani sesi bergambar, semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), malam tadi.

Namun, pengacara tersebut hanya berkongsi wajah putera keduanya itu menerusi pantulan cermin seolah masih memegang prinsipnya untuk mendedahkannya pada waktu yang sesuai.

Dalam perkongsian lain, Neelofa juga turut memuat naik momen ketika suaminya, Haris Ismail atau PU Riz sedang menjaga putera kedua mereka dan berkongsi tentang ragam anak-anaknya di Igs.

“Semalam Ummi zombie teruk. Every hour bangun and sampai subuh tu rasa macam nak nangis. 6am pass Abbas dekat maid and sambung tidur sampai 7.30am sebelum Bilal masuk bilik kacau mak dia,” tulisnya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Fatin Nurain