Usahawan dan selebriti popular Neelofa tampil melancarkan koleksi Warisan sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Menurut pengasas jenama Naelofar itu, tema tersebut dipilih sebagai salah satu usaha jenama itu untuk mengangkat dan menyanjungi kebudayaan Melayu yang mempunyai pelbagai ciri menarik agar tidak lapuk ditelan zaman.

Lebih menarik lagi, koleksi Raya 2023 ini juga didatangkan dengan pameran tingkap interaktif yang sangat inovatif, dipercayai kali pertama diperkenalkan di gedung pakaian di Malaysia.

“Kekeluargaan, warisan dan nilai budaya Melayu adalah perkara penting dalam kehidupan saya sekeluarga.

“Sejauh mana kita melangkah atau semaju mana kita bergerak, nilai warisan yang ada dalam diri kita harus diangkat dan dipertahankan.

“Mungkin bagi golongan muda, sesuatu yang tradisional adalah perkara yang lapuk dan sudah tidak relevan pada zaman serba moden.

“Maka, hadirlah koleksi Warisan yang kami harap mampu menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk lebih menghargai dan memahami seni budaya warisan dan tradisional,” katanya.

Fatin Nurain