Acara KL Fashion Week 2019 telahpun melabuhkan tirainya semalam 25hb Ogos 2019 dan antara selebriti-selebriti yang hadir, mata tertumpu pada Nelissa Nezam iaitu isteri kepada pelakon Paskal, Ammar Alfian yang tidak langsung seperti orang di dalam pantang! Bayi cilik yang diberi nama Kyro Shakur dilahirkan pada tanggal 31 Julai 2019 dan 20 hari selepas bersalin, Nelissa yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang aktif bersenam walaupun semasa mengandung, sudahpun kembali ke rutin asalnya di gimnasium. 

 

Kyro Shakur – dari instagram @nelissanezam

Ke gimnasium 20 hari selepas bersalin – dari instagram @nelissanezam

 

Pemilik pakaian sukan jenama Gaia Activ dan duta kepada Fly Project ini sememangnya menitik-beratkan gaya hidup yang sihat sejak dulu lagi. Jadi tidak janggal lah baginya untuk kembali bersenam walaupun masih di dalam pantang (tak sampai 44 hari pun dik oiii).

Mungkin  mereka yang pro-pantang akan menjegilkan mata tetapi jika mendapat ‘lampu hijau’ dari doktor dan kita yakin badan kita mampu untuk kembali aktif dalam waktu yang singkat, apa salahnya? Tetapi , kalau kita bimbang yang badan kita masih perlu masa untuk beristirehat dan baik pulih seperti dulu, terpulang untuk kita buat apa yang baik untuk diri kita sendiri. Jangan pula kita pandang serong pada orang yang membuat benda yang lain dari kita. 

Del14