Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 9:24pm

Nelydia, Raysha Rizrose Dedah Individu Ambil Kesempatan

Sabtu lalu, pelakon adik beradik Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose telah menulis satu entri di Twitter dan Instagram masing-masing mengenai seorang penuntut lelaki sebuah universiti tempatan yang dipercayai terbabit kejadian curi barang kemas milik ibu mereka.

Menurut mereka, bukan sahaja lelaki itu mencuri barang kemas, malah turut mengambil duit mereka sekeluarga dan telah berterusan berkelakuan demikian sepanjang dua tahun perkenalan. 

Memetik laporan Harian Metro, penuntut lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu itu  sudahpun dituduh di mahkamah pada Disember lalu. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Amihizam Abdul Syukor berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berusia 50-an yang memaklumkan kehilangan barang kemas serta mata wang asing yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM200,000 di rumahnya di Taman Subang Mas, Subang Jaya, pada 22 November lalu. 

“Hasil siasatan, kami menahan penuntut universiti itu di Kuala Terengganu, Terengganu pada 6 Disember lalu. 

“Kes sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dituduh di mahkamah pada 10 Disember lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.  Ketika ini, kes berkenaan masih dalam perbicaraan,”katanya ketika dihubungi Harian Metro. 

Nelydia dan Raysha bertindak mendedahkan identiti individu berkenaan sebagai peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan orang sekeliling dan jangan cepat percaya dengan orang lain.

 
 
 
View this post on Instagram

Salam. Kepada semua terutamanya yang mengenali individu bernama MOHD BADRUL HISYAM BIN AZMI @mohddbadrul_hisyam berusia 22 TAHUN dan menuntut di UIA GOMBAK tolong berhati hati. . Dia berkawan rapat dengan kami satu family selama DUA TAHUN. Perwatakannya yang lemah lembut, tak banyak cakap, ringan tulang telah memperdaya kami. Rupanya dia duri dalam daging. Selama dua tahun tu memang selalu perasan banyak barang hilang tapi kami tak ada bukti yang kukuh dan taknak ada syak wasangka dan menuduh sebarangan. Tapi makin lama makin banyak barang barang yang berharga hilang dan mama setiap malam tak miss solat hajat untuk diberikan petunjuk. Alhamdulillah Allah makbulkan doa mama and tak lama lepas tu dia tertangkap dan telah MENGAKUI sendiri semua perbuatannya selama dua tahun itu. Kuasa Allah. . Rupanya selama dua tahun tu terlalu banyak KECURIAN yg dia telah buat pada keluarga kami. Yang paling sedih kami diberitahu dengan bukti yang diberikan bahawa barang kemas harta pusaka mama yang dia curi itu telah pun dijual dan dilebur, tak dapat ditebus balik. Jumlah kehilangan memang sangat banyak (tak dapat dinyatakan). Kami layan dia dengan sangat baik dah siap anggap macam family rupanya dia ambik kesempatan atas kebaikan kami sekeluarga. . Manusia macam ni PALING bahaya sebab dia boleh berpura baik sangat depan kita, selalu offer nak belanja makan, time raya dia bagi satu family duit raya (padahal dia student) tapi semua tu rupanya duit kita yang dia curi ? it takes an ugly heart to be able to do all this and this innocent looking guy has it. Niat saya berkongsi tentang ini adalah supaya semua berhati-hati dengan orang sekeliling kita dan jangan cepat percaya orang. Jangan terkejut kalau dekat sekeliling kita ramai manusia berhati busuk macam ni. Ambil lah ujian kami sekeluarga ini sebagai iktibar di masa akan datang. Kami redha dengan ujian ini dan berharap tidak akan berlaku kepada sesiapa. . Report polis beserta bukti telah dibuat dan tindakan telah pun diambil. Selanjutnya kita serahkan kepada Allah dan pihak polis. Thank you for your assistance @pdrmsia_official.

A post shared by Farza Naquraisha Rizrose, 23. (@raysharizrose) on

Kredit Foto: Instagram @raysharizrose 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini.

TECH Mon, 25 Mar 2019

Hundreds of Fans Line Up For the Grand Opening of Harman Studio Malaysia

There was super special Grand Opening sale and everyone wanted to grab those items at a lower price.

Featured Mon, 3 Oct 2022
Hiburan Thu, 14 Nov 2019
LIFESTYLE Mon, 23 Apr 2018

Are You Crazy About Travelling? It’s in Your Genes!

Science has proven that we’re wanderlusts because of our genetics.

Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Sabyan Gambus Gegar Stadium Malawati 12 Januari Depan

Kumpulan terkenal dengan lagu Deen As Salam ini akan menghiburkan peminat dengan alunan selawat 12 Januari depan. Jom dapatkan tiket sekarang!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Akibat Terlalu Emosi, Aaron Aziz Mohon Maaf…

Arron juga meminta agar pihak yang sudah membuat sumbangan kepada akaun berkenaan membuat laporan polis secepat mungkin.

Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

| Live TV

error: Content is protected !!