Walaupun Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) telahpun melabuhkan tirainya pada Ahad, namun masih terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan kualiti vokal sesetengan finalis yang bertanding.
Ini termasuklah vokal penyanyi Bunga ketika menyanyikan lagu Intan Payung bergandingan bersama Noraniza Idris.
Berdasarkan pemerhatian XTRA di laman sosial Twitter, rata-rata netizen menyifatkan suara Bunga persis salah satu watak kartun dalam siri animasi, Upin Ipin iaitu Fizi.
TERPALING SENGAU SUARA TERCEKIK DAH START PERFORM FEATURING FIZI UPIN IPIN #AJL36
— ALAN (@IniAlalalannn) March 6, 2022
Hahahhaha suara macam fizi 😂
Aku memang tak gemar dengan suara bunga tu
Suaranya kecik sangat pastu menyempereng
Level2 nabila razali je— Badrul-Kun (@badrulmohd_007) March 6, 2022
Malah, lebih teruk, ada juga yang mengatakan suara penyanyi yang popular menerusi lagu Mereng ini bingit dan menjengkelkan.
Rupanya live lagi annoying & bingit ya daripada dlm radio 🤭 https://t.co/htLsoG6LMm
— aina sofea (@aisonad) March 6, 2022
ALLAH TAKDIRKAN SAYA TIDUR DAN TAK TENGOK AJL MALAM TADI SEBAB TAKNAK KASI SAYA MAKI HAMUN TENGOK LIVE GINI 🥺🥺 #Alhamdulillah syukur…. https://t.co/oNzCL9zItd
— titi (@Eztidy) March 7, 2022
Terdahulu, lagu hasil ciptaan Bunga, Luca Sickta, Amzar Razqa dan Siqma ini mencipta fenomenanya tersendiri apabila mendapat lebih 9 juta tontonan di YouTube sejak ia dimuat naik.
Bagaimanapun, netizen beranggapan persembahan Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayuni Fatini Mohd Bakhari, 22, pada AJL 36 tidak menepati cita rasa mereka lantas membuat andaian bahawa suara Bunga dikatakan sedap kerana bantuan auto tune.
part bunga “intan payunggg” ya allah sengaunyaa budk ni nyanyi 😑 dlm radio guna auto tune boleh lahh
— Ayuuuu 🇸🇩 (@ayulstriyusmar) March 7, 2022
Mak aku cakap si “terpaling sengau suara” ni nyanyi macam ada benda sangkut dalam hidung dia sebabtu sengau mengalahkan orang lain. 😂
— hr (@ayieramli_) March 6, 2022
Walaubagaimanapun, Bunga dan Noraniza tetap mendapat pujian mereka yang menggemari persembahan terbabit.