Hiburan By: SGMS Faida October 15, 2018 @ 10:00pm

Netizen Bengang Cara KJ Salam Syed Saddiq?

Video memperlihatkan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil KJ yang seolah-olah dingin dengan Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tular di sosial media sejak semalam.

Sebilangan besar netizen pelik dan mempersoalkan mengapa agaknya beliau bertindak demikian ketika meraikan kepulangan atlet Sukan Para Asia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), malam Ahad.

Video tersebut menunjukkan aksi Syed Saddiq yang baru tiba di KLIA menghulurkan tangan untuk bersalam dengan hadirin termasuk KJ.

Menerusi video berdurasi 11 saat yang tular itu, Syed Saddiq kelihatan bersalaman dengan semua yang hadir di situ termasuk Khairy.

Sambil melemparkan soalan “ How are you sir?,” KJ dilihat bersalam seterusnya melemparkan pandangan ke arah lain.

Ramai netizen menganggap tindakan beliau seolah tidak profesional lebih-lebih lagi ketika menyambut wira dan wirawati negara yang baru sahaja pulang itu.

Dalam masa sama, KJ memuatnaik video bersama atlet paralimpik, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang mendapat pujian ramai. Beliau turut mengaku masih mengambil berat mengenai perkembangan semasa atlet Paralimpik negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah

Abam Bocey & Pasangan Selamat Bernikah, Sekali Lafazdengan pasangannya yang mula berkawan sejak 2009, sebelum Abam melangkah kaki ke Raja Lawak 6

Featured Mon, 22 Aug 2022
Hiburan Sat, 8 Dec 2018

Natasha Hudson Kahwin Kali Keempat, Ini Pesan Si Adik Buat Netizen

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson dan suami. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah…

Hiburan Mon, 27 Jan 2020
Hiburan Wed, 21 Sep 2022