Netizen Berang Lihat Veteran ATM Berjemur Tengah Panas, VVIP Sedap Bawah Khemah – “Masa Nak Jadi Tentera Faham, Ini Dah Tua.. Kesianlah”

Sebelum ini kecoh mengenai beberapa gambar yang menunjukkan sekumpulan pelajar duduk bersila dan makan di atas lantai manakala guru-guru ‘selesa’ makan di atas meja sempena sambutan Hari Guru dipercayai di sebuah sekolah telah mengundang kritikan netizen.

Kini, tular pula satu rakaman video di media sosial Twitter yang memaparkan sekumpulan warga emas dipercayai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang berdiri di tengah panas dalam sebuah majlis di Putrajaya.

Video berdurasi 32 saat itu meraih perhatian netizen yang meluahkan rasa kesal dan berang apabila melihat pesara-pesara itu ‘berjemur’ di tengah panas selama beberapa jam ketika majlis ucapan pegawai VVIP terlindung di bawah khemah.

“Tergamak ya korang buat veteran macam ini, mereka hanya mintak kebajikan yang adil, tapi nak dapat terpaksa pula berjemur tengah panas, pegawai-pegawai pula duduk dalam khemah,” tulis kapsyen di ciapan tersebut.

Tinjauan di ruangan balas ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen yang berpendapat bahawa pesara-pesara ATM telah banyak berjasa terhadap negara, justeru mereka seharusnya diberi penghormatan tinggi.

Ciapan berkenaan telahpun diulang kicau hampir 10,000 dan mendapat lebih 10,000 tabda suka selain turut menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang berkongsi rasa simpati atas nasib pesara-pesara tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berwajib mengenai kejadian tersebut.

“Dewan besar-besar punyalah banyak dekat Putrajaya ini, dataran pahlawan juga nak dibuatnya. Dah lah sekarang ini musim panas, pukul sembilan pun dah rasa macam pukul 11 pagi,” kata netizen.

“Salah satu perkara yang tak munasabah dan yang tak logik, kau boleh sahaja sediakan khemah tak pun buat sahaja lah dekat tempat berbumbung, takkan dah pencen pun kena berjemur tengah panas macam ini,” luah netizen lain.

 

Aqilah Paharuzi