Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Penampilan Wany Hasrita Di AJL37 Cetus Tanda Tanya

Kehadiran penyanyi Wany Hasrita pada Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) baru-baru ini mencetuskan tanda tanya apabila penampilannya ketika melakukan persembahan bersama kumpulan De Fam mencuri tumpuan.

Menggayakan busana songket berwarna coklat gelap rekaan Seth dan Luna, penampilan Wany bukan sahaja mendapat respons positif dalam kalangan warganet bahkan ramai yang memuji pelantun lagu Menahan Rindu itu kelihatan cantik dan sopan.

 

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, terdapat dalam kalangan pengikutnya yang mula membuat spekulasi kononnya melihat ‘baby bump’ penyanyi itu sekaligus mendakwa Wany kini berbadan dua.

Terdahulu, rumah tangga Wany pernah menjadi buah mulut netizen apabila didakwa mempunyai masalah dek kerana kurang memuat naik gambar bersama di media sosial.

Bagaimanapun, dia menjelaskan setiap individu mempunyai pilihan untuk berkongsi atau tidak perihal rumah tangga dan keluarga di media sosial.

“Sila normalkan, jarang berkongsi gambar suami, isteri atau keluarga di media sosial adalah perkara biasa. Setiap individu adalah berbeza. Ada yang suka kongsi, ada yang suka simpan dan ada yang jarang-jarang.

“Kita raikan semua pilihan. Apapun, terima kasih bertanya. Kasihan suami saya tengah kerja nun jauh di Kapit (Sarawak) demi mencari rezeki halal,” katanya.

 

Salma Syahbuddin