Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

Tular kontroversi rumah tangga pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz dan Bella Astillah diganggu orang ketiga selepas Bella tampil mendedahkan ada pelakon wanita cuba untuk mendekati suaminya.

Malah, Bella mendedahkan aktres tersebut sedang bergandingan dengan Aliff menerusi drama terbaharu mereka yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

Namun, apa yang lebih mengejutkan, pelakon wanita terbabit membuat pengakuan kepada Bella dia menyukai Aliff menerusi perbualan mesej di aplikasi WhatsaApp miliknya.

“Memang ada masalah, cuma baru-baru ini saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. ‘Missed call’ sampai tujuh, lapan kali.

“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Saya bertanya mengenai nombor terbabit dari seorang rakan artis dan memang betul, itu nombor pelakon wanita tersebut. Saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

“Dia berikan mesej kepada saya. Dia minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana dia telah tersuka dengan suami saya. Dia mesej di WhatsApp saya ‘non stop’, dia kata dia mahu jadi kawan saya.

“Dia sangat berani, sebab itu saya sampai ke tahap untuk membuat hantaran di Instagram. Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang, tak apa, pergilah, nak telefon hari-hari ke, nak keluar berdua ke, tak ada siapa akan marah,” katanya.

Biarpun Bella tidak mendedahkan identiti wanita terbabit, rata-rata warganet membuat spekulasi sendiri dan bertindak menyerang akaun Instagram pelakon yang didakwa menjadi punca perbalahan rumah tangga Bella iaitu Sophia AlBarakbah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA,  video promosi drama terbaharunya berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan bersama Aliff Aziz yang dimuat naik di Instagram Sophia juga telahpun dipadam.

Terdahulu, hantaran Bella mencetuskan tanda tanya orang ramai apabila berkongsi mengenai ‘pelacur sukarela’ di Instagram miliknya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:Sindir ‘Pelacur Sukarela’, Selar Wanita Suka Himpit Suami Orang… Bella Astillah Tuju Pada Siapa?

ARTIKEL BERKAITAN:“Aliff Aziz Sedang Berubah Jadi Lebih Baik, Saya Juga Sama” – Gosip Tak Berasas Jejas Fokus Bella Astillah

Salma Syahbuddin