Netizen Dakwa Suami Fatin Afeefa Dapat Hasil Hanya Daripada Komisen Trading?

Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang didakwa bukan seorang pedagang saham tetapi hanya seorang broker sahaja.

Menerusi ciapan individu yang dikenali sebagai Alziret di Twitter, dia mendakwa Aliff atau lebih mesra disapa Opai menjana duit dengan memberi isyarat saham yang menyeleweng kepada pengikutnya.

“Nama dia Opai. Dia bukan buat duit dari trading Forex, dia buat duit daripada komisen sebagai broker dengan memberi isyarat trading yang dah nak gagal kepada pengikutnya.

“Dia tahu ‘zone’ dalam chart tu dah banyak kali touch tapi dia tipu pengikut dia cakap akan ‘naik/turun’ jadi pengikut dia double down duit.

“Akhirnya pengikut dia yang pakai isyarat dia dan broker dia margin call (MC), dia buncit dari komisen broker,” dakwanya.

Dakwanya lagi, Opai menipu pengikutnya dan individu tersebut berharap agar perkara sebenar dapat pengadilan.

“Pastu meeting, gelak-gelak dengan member dia yang dia saja bagi isyarat yang tahu akan gagal dan tipu kat pengikut dia suruh futures maintenance call (FM).

“Semoga Allah membawa kamu ke pengadilan,” dakwanya.

Meninjau di ruangan komen, terdapat netizen yang mempertahankan Opai dan memberitahu dia memang seorang broker yang sudah berdaftar.

Maya Basir