Netizen Komen Nampak ‘Baby Bump’, Hanis Zalikha Didakwa Hamil Anak Ketiga?

Meskipun lama tidak muncul di kaca televisyen, perkembangan semasa pelakon dan usahawan jelita Hanis Zalikha tetap menjadi tumpuan dalam kalangan warganet sehingga kini.

Namun, timbul dakwaan yang mengatakan pelakon itu kini sedang hamil anak ketiga selepas melihat penampilannya memperagakan baju kaftan jenama keluarannya bersama anak perempuannya, Alisa Aisyah.

Dalam perkongsian yang dimuat naik di Instagram milik si kecil itu, perut Hanis kelihatan sedikit membuncit sekali gus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.

Teruja menantikan khabar berita gembira, peminatnya bagaimana pun mendoakan yang baik-baik buat Hanis di ruangan komen.

Fatin Nurain