Hiburan By: Del14 October 11, 2019 @ 11:29pm

Netizen Puji Gaya Ardell Aryana Yang Sempoi Tapi…

Gaya dalam berpakaian adalah salah satu identiti bagi seseorang individu dan sudah tentunya cara kita berbeza-beza dan tidak semua akan setuju dengan cara berpakaian kita.  Pelakon, Sharifah Sakinah selalu ditegur warganet tentang gaya berpakaiannya yang seksi tetapi lain pula dengan pelakon, Ardell Aryana kerana walaupun menutup aurat, warganet masih ada sesuatu untuk diperkatakan.

Baca: Sakinah Tempelak Netizen Busy Body

Perkongsian terbaru Ardell di Instagram memuatnaik fotonya yang tidak lagi bermekap atau berkasut tumit tinggi dan berpakaian ibarat puteri diraja seperti majlis perkahwinannya tempoh hari.

“Kembali kepada realiti dan gaya asal saya. Bukan wanita cantik yang dimekap seperti kelmarin, bukan lagi wanita berkasut tumit tinggi seperti kelmarin, dan bukan wanita yang semewah itu jenama pakaiannya seperti kelmarin.

“Terima kasih semua yang telah berusaha untuk mencantikkan saya dari seorang yang biasa menjadi luar biasa. Hakikatnya saya hanyalah biasa-biasa,” kongsi Ardell. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat Ardell semua memuji pelakon ini yang walaupun ‘sempoi’ yang penting masih menutup aurat dan masih kelihatan cantik tanpa secalit mekap. 

“Bagi saya pemakaian akak Yana ni sudah cukup molek..Lagipun dia pakai biasa aja..tak nampak serabut pun..yang penting dia masih menutup aurat.”

“Tengok extreme roadtrip, seksinya awak dulu..tapi hidayah Allah luas…sekali Dia bagi, awak terus jadi idola muslimah…bukan sikit-sikit tutupnya.”

Tapi biasalah, walaupun ramai yang puji..ada yang tak suka. Memang tak boleh puaskan hati semua pihak!

“Ardell kena ingat, dah kahwin, menjadi tanggungjawab isteri berpakai habis cantik untuk suami termasuk berhias untuk suami, patuh apa jua arahan suami, namanya jihad seorang isteri..” komen seorang warganet. 

Apa pun yang penting, Nadzmi tak bising dengan gaya isterinya malah sentiasa memberi sokongan padu atas apa yang dilakukan Ardell dan sudah tentulah kalau suami tak suka dengan cara kita berpakaian, mestilah awal-awal lagi dah ditegur dari rumah dan kena tukar pilihan baju, betul tak? 

Yang paling best bila baca komen pelakon, hos dan model, Ramona Zam Zam di entri instagram tersebut, so positive!

“No sayang, you ‘re doing just fine. Beauty is not measured by makeup/high heels/baju.               Asalkan hati tiada hasad dengki, sentiasa positif, people are happy to be around you, dan lain-lain dah cukup to make a person beautiful.  And that’s you Ardell!

You’re comfortable in your own way and bukan kacau orang pun so what! Biasa-biasa tu la yang lebih cantik. Be you. You’re beautiful,” tulis Ramona.

Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana atau nama penuhnya Nurul Hidayah Mohd Amin bernikah pada 1 September tahun ini selepas mengenali diri masing-masing sejak 8 tahun yang lalu dan mula rapat sejak berlakon bersama di dalam drama “Namaku Bedah”. 

Baca: Dulu panggil Kakak, Sekarang Dah Jadi Isteri

Baca: Kerana Bengang Dengan Kecaman Netizen, Nadzmi Dedah Rahsia Ardell

Baca:Nadzmi dan Ardell Tak Sabar Honeymoon Di Mana Tu?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Tue, 18 Sep 2018

5 Local Drugstore Foundation Dupes for Oily Skin

Keep shine at bay, all day every day with these ringgit-friendly alternatives!

Hiburan Mon, 20 May 2019

‘Manusia Lebih Binatang Dari Binatang’- Ernie Zakri Berang Dengan Tindakan Penembak Monyet

Ayuh netizen lakukan kerja anda sekarang, kita cari sampai dapat!

Hiburan Wed, 10 May 2023
Hiburan Tue, 13 Mar 2018

容祖儿刘浩龙被爆「苦恋5年」无果分手

容祖儿纵横香港乐坛10多年,影视歌三栖,「粤语天后」当之无愧,不过在感情这部分则是相当低调,和圈内男友刘浩龙至今交往5年,却在外界认为两人交往稳定之际,近日被爆已经分手,对此双方均未正面回应。

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

Al Ghazali Putus Cinta Selepas Solat Istikharah

Dah takde jodoh kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

error: Content is protected !!