Netizen ‘Respect’ Mizz Nina, Kekal ‘Kunci Mulut’ & Tak Sebar Aib Suami – “Ada Isu Rumah Tangga Pun Still Diam, Tak Buka Aib Mana-Mana Pihak!”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas berkongsi ucapan istimewa buat kedua ibu bapanya sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-60 baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Mizz Nina atau nama penuhnya, Shazrina Tan Sri Azman, 42, berkata, walaupun dia bukanlah seorang pakar dalam perkahwinan namun sekiranya seseorang itu telah ditakdirkan untuk menjadi jodoh atau suami atas ketentuan Allah, maka orang itu akan sentiasa ditakdirkan untuk anda.

“60 tahun cinta dan perkahwinan adalah anugerah yang rare dan indah dari Allah, apabila saya renungkan, ia memerlukan banyak keimanan, keberanian, kasih sayang, kesabaran, pengorbanan, well-wishing & kerja berpasukan untuk melaluinya.

“Saya bukanlah pakar dalam perkahwinan..Tetapi satu perkara yang pasti, jika seseorang itu ditakdirkan untuk anda, seperti yang dirancang Allah, dia akan sentiasa ditakdirkan untuk anda.

“Jika iman adalah sauh anda, tidak kira berapa banyak angin bertiup atau ombak yang berhempas, bot akan sentiasa tetap terapung,” katanya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Mizz Nina sebagai wanita yang patut dijadikan inspirasi dek kerana dia kekal tenang dan masihmengunci mulut mengenai konflik yang melanda rumah tangganya bersama vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh.

 

Salma Syahbuddin