Netizen Samakan Konsep Pelamin Tunang Shila Amzah & Ubai Mz Dengan ‘Nasi Goreng Cina 3 Pinggan’, Ini Respons Empunya Badan

Umum sudah mengetahui mengenai penyanyi, Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama pempengaruh media sosial, Ubai Mz pada 27 Mei lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Shila Amzah & Ubai MZ Selamat Bertunang

Namun, apa yang menarik perhatian adalah reaksi netizen di media sosial Twitter yang menyamakan pelamin pertunangan pasangan sejoli itu tidak ubah seperti tiga pinggan nasi goreng cina.

“Sedapnya, 3 pinggan nasi goreng cina dalam tu,” ciapannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut menyamakan hiasan pelamin pertunangan Shila dan Ubai seperti nasi goreng cina atas pinggan.

“Aku pun nampak benda sama. Tiba-tiba lapar pula tengok nasi goreng cina tu. Weh ye, ada cili merah sikit.

“Aku punyalah cari mana nasi gorengnya, rupanya pelamin. Jenuh aku fikir apa benda. Tengok lagi sekali, yang belakang tu,” ujar netizen.

Menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story, Shila memberi respons mengenai persamaan terbabit dan pelantun lagu Patah Seribu itu tidak mengambil hati dengan usikan nakal netizen.

Nurul Hana