Netizen Serang Instagram ND Lala Soal Perbalahan Keluarga, Respons Tuan Badan Seakan Tidak Peduli?

Susulan perbalahan adik-beradik penyanyi Shila Amzah mengenai isu jual rumah, Datuk ND Lala sebagai bapa mereka dilihat hanya berdiam diri.

Menerusi perkongsiannya di Instagram baru-baru ini, dia ada memuat naik hantaran memori dia dan rakan-rakan bermain bola sepak.

Namun, hantaran tersebut diserang netizen dengan mempersoalkan tindakannya yang tidak berbuat apa-apa tatkala perbalahan itu berlaku.

“Steady tok. Family kucar kacir, anak-anak bergaduh tapi masih steady. Memang ketua keluarga terbaik.

“Pergi tengok sama family sana. Caca merba habis dah. Dah kahwin baru tanggungjawab jangan tinggal,” komen netizen.

Tidak berdiam diri, ND Lala ada memberi respons namun tiada kaitan dengan isu yang sedang berlaku.

“Tajuk perbualan kita di sini adalah tentang bola sepak. Kita membina perhubungan yang baik dan rasa hormat menghormati sesama kita melalui sukan bola sepak.

“Terima kasih kerana memberi komen yang baik dan mengekalkan adab budaya kita,” balasnya.

Terdahulu, timbul isu Shila mahu menjual rumah yang dibeli bapanya menggunakan namanya menjadi perbalahan adik beradik.

Perkara tersebut timbul apabila adiknya, Syada Amzah memberi ‘hint’ rumah bakal dijual tanpa sebarang notis diberitahu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL BERKAITAN: “Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Maya Basir