Featured By: Maya Basir May 12, 2023 @ 5:09pm

Netizen Sering Banding Arwah Siti Sarah & Watie, Ini Respons Shuib – “Tak Adil Untuk Dia Sebab…”

Penyampai radio dan usahawan, Shuib menegaskan perbandingan yang dibuat netizen antara arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah dan tunangnya, Watie Hanifiah tidak sepatutnya berlaku.

Menurutnya, Watie juga sedar tempat arwah Sarah akan sentiasa di tempat paling istimewa dihatinya.

“Arwah Sarah dah dekat tempat yang paling special untuk saya dan Watie pun tahu benda tu. So perbandingan tu tak sepatutnya berlaku sebab kita kena terima realitinya,” katanya.

Malah, niat baik tunangnya itu tidak patut disalah ertikan yang mana hanya akan menyakiti hati seseorang.

“Benda ni tu pun tak adil untuk dia sebab pada saya apa salah dia, dia nak ada dengan saya untuk anak-anak dan keluarga.

“Perbandingan tu mungkin nanti akan menyakitkan dia juga,” ujarnya semasa ditemui di Rumah Terbuka FYP Media x Indigital Music di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya.

Sabtu lalu, Shuib telah mengikat tali pertunangan dengan Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah dan memilih 23 Jun depan untuk bernikah.

Untuk rekod, Shuib telah kehilangan isteri, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun lima bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 18 Apr 2019

Lui Peng’s On My Mind MV was Filmed with Just 2 People and 1 Camera!

The quality of the music video is amazing and it’s hard to believe it was literally shot with just one camera and 2 people.

Hiburan Fri, 15 Feb 2019

1800 Tiket Habis Dijual, Peminat Blue Jangan Berlengah Lagi!

Whoah, the boys are coming back. Siapa kat sini excited? Jumpa di Dewan Wawasan, Menara PGRM pada 3 Mac nanti okay!

Trending Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Abby Abadi Mohon Doa Semua, Anak Makin Kritikal

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Abby Abadi dan keluarga. Semoga semuanya baik-baik sahaja!

Trending Wed, 17 Jul 2019

Pilih Kawan Kena Berhati-Hati Guys! Jangan Pilih Yang Psiko

Pilih kawan jangan pilih luaran semata-mata okay! Takut psiko!

Hiburan Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2019
Trending Tue, 26 Mar 2019

Pelajar Malaysia Ditemui Mati di Hyde Park London

Bapa Allahyarham hanya dimaklumkan jenazah anak dikenal pasti melalui kad pelajarnya. Al- Fatihah buat arwah Muhammad Hafiz Zainal…

Hiburan Wed, 8 Jan 2020

Suci Hawa Zulaikha, Cahaya Mata Keempat Yatt Hamzah

Cantiknya nama cahaya mata terbaru Yatt!