“Netizen Tak Payah Pening, Biar Saya Je Yang Pening Kepala” – Perjelas Status M*kian Di Platform X, Nabila Huda Eggan Dedah Individu ‘Mulut Puaka’

Susulan pelbagai spekulasi timbul terhadap hantaran yang dimuat naik menerusi platform X miliknya sebelum ini, pelakon versatile, Nabila Huda nampaknya masih tegas dengan pendirian untuk tidak mendedahkan siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.

Katanya menerusi temu bual bersama program Melodi, Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil menjelaskan, orang ramai diluar sana tidak perlu untuk memeningkan kepala semata-mata mahu mengetahui siapakah individu tersebut atau adakah dia merupakan rakan dalam industri.

Sebaliknya, dia tidak akan mendedahkan individu tersebut kepada khalayak memandangkan status itu dimuat naik sebagai salah satu bentuk amaran.

“Jangan fikir terlalu jauh lah you guys… tak payah pening kepala biar saya je yang pening kepala.

“Saya tahu semua orang pun nak tahu siapa… tapi don’t worry i wont reveal who. It’s just triggered warning je,” katanya.

 

Mengaku pada ketika status tersebut dimuat naik, Abil menjelaskan dia tidak dapat menahan amarahnya sekaligus berkongsi bahawa dia juga tidak akan memadam status tersebut.

“Berkaitan status tu saya jenis yang move forward. So whatever happend is just happend, dia akan menjadi satu sejarah dekat situ.

“If i think it’s necessary to delete and I akan delete begitu juga sebaliknya. Sometimes I akan terlupa pun.

“Saya ni banyak dah turndown dah… saya malas. sebab saya rasa lebih fokus kepada kerjaya, anak, keluarga, masak-masak.

“Tapi, sometimes ada sesetengah manusia yang kita rasa ‘awak ni macam sama je..’ so need to usik sikit supaya dia sedar. Kalau tak tegur nanti berterusan je perangai buruk tu. So, just nak bagi sikit friendly reminder je supaya dia kembalilah ke jalan yang benar,” ulasnya.

Terdahulu, Abil mengejutkan ramai pihak apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan menyifatkan individu tersebut sebagai seseorang yang lupa diri.

Bahkan, Abil turut meluahkan perasaan apabila individu tersebut menjadi penyebab semua orang berpecah belah sekaligus berlagak bagaikan mangsa keadaan.

 

Salma Syahbuddin