Hiburan By: SGMS Faida August 14, 2019 @ 2:14pm

Netizen Tanya ‘Mana Suami’, Ini Jawapan Padu Nina Iskandar!

“Kehidupan saya, privasi saya. Jadi, jangan nak skeptikal sangat pasal hidup orang ya,” tegur pelakon Nina Iskandar terhadap netizen yang mempersoalkan statusnya sebagai isteri.

Tegas Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, dia hanya akan berkongsi apa yang mahu dikongsi di Instagram.

“Saya benarkan anda untuk mengetahui apa yang saya pilih sahaja.

“Saya dah nikah lama pun saya rahsiakan, apatah lagi isi hidup rumah tangga saya. Renung-renungkanlah,” tulisnya lagi..

Nina tampil menjelaskan perkara terbabit di Instagram Stories selepas netizen mempersoalkan dia tidak memuatnaik foto dengan suami.

Menurut Nina, dia enggan berkongsi gambar bersama suami yang baru dinikahi kerana ingin perkara terbabit kekal sebagai privasi serta tidak ingin timbul sebarang fitnah.

“Tuan-tuan dan puan puan. Kalau orang tak kongsi gambar dengan suami / isteri mereka tak bermaksud mereka dah bercerai.

“Kadangkala mereka hanya mencuba untuk melindungi privasi peribadi mereka.

“Daripada Ain. Daripada fitnah. Daripada mulut macam korang ni,” tulisnya.

Untuk rekod, Nina sah bergelar isteri kepada Azlan atau dikenali sebagai Lan Lebah pada April lalu dan pasangan ini diraikan dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Terdahulu, Lan pernah berkahwin dengan seorang pramugari selama sembilan tahun namun bercerai pada Februari lalu.

Sebelum ini, pada 12 Mac lalu, Nina didakwa menjadi punca penceraian seorang penolong pengarah dan menegaskan dakwaan itu sebagai fitnah.

Nina telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tuduhan tidak berasas itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 4 Nov 2019

网红究竟能赚多少钱?《网红炼精术》为你揭秘

网红到底是什么?网红又是如何赚钱的呢?如何成为网红?

FESYEN Mon, 17 Jun 2019
Featured Wed, 7 Jun 2023

Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

Kita tunggu je lah penjelasan lanjut dari aktor kegemaran korang okay!😎✌️

Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Tahniah! Hadiah Hari Jadi Paling Indah, Rossa Dikurnia Gelaran Datuk Seri

Lima tahun yang lalu saya dianugerahkan gelaran Dato, hari ini saya dianugerahkan darjah kebesaran negeri Pahang sebagai Datuk Seri…

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Anuar Zain ‘Gegar’ Singapura 26 Oktober Depan

Tiket dijual pada harga SGD$228, (RM680), SGD$188 (RM561), $SGD158 (RM471), $SGD128 (RM381) dan $SGD98 (RM292).