Categories: HiburanSelebriti

Netizen Terkejut Elfira Loy Muatnaik Status Buat Bekas Tunang

Rata-rata penonton nampaknya masih mampu move on dengan persembahan menyentuh emosi daripada Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33, semalam.

Lebih menarik perhatian netizen apabila pelakon Elfira Loy mengucapkan tahniah kepada bekas tunangnya itu sejurus tamat acara itu.

Elfira menerusi laman Twitter mendoakan agar Sufian menang di pentas AJL.

“ Semoga dengan kemenangan awak, “derita” & penceritaan awak akan habis,” tulisnya disertai dengan simbol senyuman.

Hantaran berkenaan turut menerima ribuan ulang siar dan tanda suka.

Sebilangan besar pengikut Elfira terkejut dengan tweet berkenaan yang mana tweet berkenaan menerima pelbagai reaksi.

Rata-rata daripada mereka meminta agar dua selebriti ini dapat melupakan kisah silam dan move on dengan kehidupan masing-masing.

 

SGMS Faida