“Never Fails To Make Me Smile… Thank You Sayang” – Terima Bunga Orkid, Ucapan Sharnaaz Untuk Amelia Curi Tumpuan

Nama pelakon baharu Amelia Christie kini menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila dikatakan sedang bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Sebelum ini, kehadiran Amelia bersama Sharnaaz di Malam Gala Filem Polis Evo mencuri perhatian ramai apabila mereka berjalan sambil berpaut tangan.

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Control’ Amelia Christie, Ini Jawapan Padu Sharnaaz Ahmad!

Terbaru, Amelia membuat perkongsian di Instagram Storiesnya yang memaparkan dirinya menerima bunga orkid daripada seseorang.

Kata Amelia, orang tersebut tidak pernah gagal untuk membuatnya tersenyum.

“All I know is, you are the only person who never fails to make me smile,” tulisnya sambil berlatar belakangkan lagu Sesaat Kau Hadir nyanyian Gery Gany.

Apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang ditulis pada kad itu kepada Amelia sekaligus memberitahu siapa pemberinya.

“Thank you Sayang, Mamu” ringkas ucapan tersebut.

Artikel Berkaitan: Sweetnya! Buat Trend TikTok Bersama, Netizen Titip Pesanan Buat Teman Baharu Sharnaaz Ahmad – “Please Jaga Mamu Untuk Kami”

Artikel Berkaitan: “My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Artikel Berkaitan: Sedang Berkawan Rapat Dengan Seorang Wanita, Sharnaaz Ahmad Mengaku Segan Cerita Kisah Peribadi

Atiqah Johari

Recent Posts