Niat Tubuh Munafik Hunters Dipertikai, Netizen Label Caprice Sengaja Buka Ruang Sebar Aib Masyarakat

Tindakan penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice untuk membantu mangsa-mangsa jenayah seksual menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang digelar sebagai Munafik Hunters menerima pelbagai respons dalam kalangan masyarakat.

Malah, niat baik penyanyi ini disalah erti apabila terdapat segelintir warganet yang melabel Munafik Hunters sebagai medan untuk orang ramai mengutuk dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu termasuklah menyebarkan aib masyarakat.

“Apa job scope Munafik Hunter ni? Sebar aib?

“Akhir zaman. Tahniah Cap kau dah buka ruang untuk semua orang kutuk Islam dan Melayu. Lepas tu biar orang berbalah dekat komen. Hebat kau Cap!

“Munafik Hunter? Buat kerja Tuhan ke nak menilai seseorang tu munafik ke tak?,” komen netizen.

Orang lain tahu complain, tolong tak nak

Meskipun menerima pelbagai komen negatif berhubung tindakannya itu, namun terdapat segelintir warganet yang bersetuju dan memuji tindakannya yang berani  mengetengahkan isu-isu sensitif  kepada umum.

“Terbaik Cap..orang lain tau complain je, tolong tak nak. Semoga terus sukses.

“Predators are shivering.

“Yang lain semua bersangka baik je. Jadi kat diri sendiri, baru ada akal.

“Steady brother! Gunakan platform yang ada dengan sebaiknya.

“Terbaik! Kalau dia cakap dia mesti buat,” komen netizen.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Caprice kini kelihatan sedang rancak mengumpulkan ahli Munafik Hunters menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya.

Terdahulu, Caprice atau nama penuhnya, Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan Munafik Hunters selepas menerima lebih 500 aduan dalam tempoh 24 jam membabitkan kes jenayah seksual.

Salma Syahbuddin