Nick- Priyanka Kahwin 1 Disember?

Pasangan selebriti Nick Jonas dan Priyanka Chopra dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada minggu ini.

Bekas anggota One Direction dan keluarga itu telah selamat mendarat di negara kelahiran tunangnya di New Delhi, baru-baru ini. 

Wajah ahli keluarga besar Jonas termasuklah Sophie Turner dan Joe Jonas kelihatan di Instagramnya di mana mereka terbang dari Amerika Syarikat. 

Dalam pada itu, The Hindustan Times melaporkan majlis perkahwinan dua bintang mega ini bakal berlangsung 1 Disember ini di Umaid Bhawan Palace, Jodhpur, India.

Nick dan Priyanka dilaporkan menerima lesen perkahwinan di Beverly Hills awal bulan ini. Walau bagaimanpun, pasangan ini masih mengunci mulut dan tidak memberi sebarang komen tentang majlis berkenaan.

Hubungan Jonas dan Chopra tidak mengambil masa lama apabila keduanya bertunang selepas dua bulan bercinta. Mungkin ada pengumuman yang bakal dibuat tidak lama lagi? Sama-sama kita tunggu!

SGMS Faida