Hiburan By: Padin September 11, 2021 @ 5:39pm

Noki & MK Bergabung Dalam Payung Pelangi

Dua nama besar ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana kredibiliti mereka sebagai penghibur lebih lagi sebagai penyanyi rap sudah diketahui umum.

Noki dan juga MK merupakan ahli kumpulan K-Clique yang mempunyai pengaruh besar di dalam industri muzik tanah air.

Mereka sentiasa aktif untuk mengeluarkan lagu-lagu terbaharu dan masih menerima banyak permintaan persembahan walaupun secara virtual.

Noki yang juga merupakan juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang lalu, dan MK penyanyi rapper kegilaan remaja telah bergabung dan menghasilkan lagu baharu kolaborasi mereka berdua yang bertajuk Payung Pelangi.

Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh Noki dan MK sendiri. Tercetusnya idea ini adalah setelah mereka berdua mendapat tawaran untuk berlakon bersama dan dalam kesempatan itu mereka merancang untuk melancarkan satu lagu nyanyian mereka berdua.

Menurut Noki, dia agak gementar kerana ini dikira single pertamanya sendiri.

“Lagu ini menceritakan tentang usaha keras. Sebelum kita mendapat sesuatu kejayaan kita perlu berusaha keras dan jangan berputus asa. Pelangi tu hanya perumpamaan dimana pelangi tak akan muncul kalau tidak hujan.

“Jadinya, kesusahan di permulaan pasti ada, tapi dengan usaha keras dan izin-NYA kejayaan pasti akan datang. Jadi, Noki harap lagu dan lirik ini mampu memberikan semangat kepada semua pendengar. Terus menyokong kami,” katanya.

Lagu Payung Pelangi ini sudah boleh didengari di semua pelantar digital bermula 9 September 2021, dan lirik video Payung Pelangi juga dilancarkan pada tarikh yang sama dan boleh di tonton di saluran YouTube K-Clique.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 Mar 2022

Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

Video petikan adegan daripada drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa sedang hangat diperkatakan oleh warganet. Bakal disiarkan Ramadan ini di TV3, pihak stesen memandang serius perkara terbabit. Berikut merupakan kenyataan rasmi TV3 […]

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Mon, 20 Jan 2020

Sasha Pilih Sirhan Sebagai Suami!

Tahniah Sasha dan Sirhan!

Hiburan Sun, 27 May 2018

Al-Fatihah…Pengurus Artis Terkenal Meninggal Dunia

Sam mengendalikan syarikat pengurusan acaranya yang ditubuhkannya. Antara artis yang pernah menggunakan perkhidmatan Sam adalah Anuar Zain, Ning Baizura, Aiman Tino dan ramai lagi.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

#Mentor7: Kenapa Aizat Amdan Pantau Gaya Hidup Protege?

Bukan niat nak menyibuk tau, Aizat ada alasan tersendiri mengapa dia begitu mengambil berat bab-bab pemakanan, percakapan termasuklah waktu bersenam.