Hiburan By: Salma Syahbuddin June 4, 2018 @ 8:13am

Nora Danish Sedih Netizen Kutuk Baby Ney Ney Lagi!

Sekali lagi, anak pelakon Nora Danish menjadi mangsa buli siber apabila terdapat akaun palsu yang menghina baby Ney Ney. Dan, akibat hinaan tersebut, Nora tampil memuat naik instastory diakaun instagram miliknya yang mempersoalkan tentang apakah dosa anaknya itu sehingga dikutuk beberapa kali.

“Nak kutuk pun, membawang ke, kutuk la benda lain. Kutuk ciptaan Allah takde ke rasa takut dalam hati? Apalah salah Ney Ney kat korang? Haih! Manusia, Manusia.” Tulisnya.

Sumber : instagram @noradanish

Menerusi instastory tersebut, Nora turut menjelaskan yang Ney Ney bukanlah anak kacukan yang perlu kelihatan sempurna setiap masa kerana Ney Ney juga manusia biasa. Nora yang memuat naik entri tersebut menulis;

“Malam yang sangat emosi sebab terkilan .. anak saya ini bukan anak Mat Salih ke apa, yang kena nampak sempurna. Anak Melayu kot. Semua manusia dalam dunia ini semua ada keistimewaan masing-masing,” Katanya

Sumber : Instagram @noradanish

Tambahnya, status selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang dikatakan oleh netizen tentang dirinya atau keluarga. Kerana, beliau juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain malah, lebih beremosi dan sensitif kerana beliau adalah orang seni.

Nora yang juga ibu kepada dua orang anak ini turut meminta sekiranya dia ada membuat sebarang kesalahan, beliau terbuka terhadap teguran tersebut tetapi biarlah beradab. Dan, Nora Danish juga sempat mendoakan agar netizen yang mengutuk anaknya itu diberikan hidayah dan insaf atas perbuatan mereka.

Hai lah! Netizen, netizen.. cukuplah mengutuk dan mencerca anak Nora Danish. Kami tengok baby Ney Ney comel je kan? Apapun, yang penting baby Ney Ney sentiasa sehat dan membesar menjadi anak yang soleh.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022

“Saya Janji Tak Ada Hubungan Lagi” – Iqbal Hanya Berkawan Dengan DSV

Sesiapa yang single tu boleh lah cuba, Iqbal sedang mencari suri hati tu..

Hiburan Thu, 16 Nov 2017

WILL IT BE A SWEET REUNION OR DOUBLE TROUBLE FOR HAYLOR?

Apparently, our two favourite people are about to be reunited on stage and in front of the whole world!

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Fuh, tapi kalau tengok sekarang…memang lain dah kan? Apa rahsia Kila eh?

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Featured Thu, 1 Dec 2022

Tular Video Nampak ‘Baby Bump’, Fasha Tepis Dakwaan Hamil – “What? Bodyshaming”

Alahai sian sis Fasha kitaaa 😢😢 Apapun ramai cakap Fasha iras selebriti Bollywood Kareena Kapoor 🤩 Ini min setuju!

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Sarah Fazny Bawa Diri Ke Jakarta?

Sarah Fazny juga berjanji akan memberitahu keputusannya sebaik saja mendapat jawapan daripada sana.

Hiburan Thu, 16 Apr 2020
Hiburan Sun, 18 Sep 2022
error: Content is protected !!