Cahaya Mata By: Halimey Zamal December 24, 2022 @ 3:33pm

Norman Hakim Sangat Peramah, Memey Suhaiza Dedah Dah Terbiasa Menanti – “Tak Payah Tunggu, Sila…”

Pelakon Memey Suhaiza mendedahkan sifat suaminya, Norman Hakim yang ‘kuat borak’ ketika bertemu sesiapa sahaja.

@memeysuhaizaofficial_Mummy dgn anak6 dah terlebih paham.. Klu dia dah start borak.. Tak payah tunggu berdiri😆 Sila lah duduk dgn selesa.. Sbb dia akn ambik masa😆 Sejenis suka borak.. dgn siapa pun on😍😆 Siapa partner, kawan dia sama perangai mcm ni juga😆?♬ original sound – MemeySuhaizaOfficial_

Menerusi video yang dimuat naik oleh Memey di laman TikTok, dia dan anak-anak terpaksa menunggu Norman berhenti berborak sebelum pulang dari sebuah restoran.

“Mummy dengan anak-anak dah terlebih faham.

“Kalau dia dah start borak, tak payah tunggu berdiri. Silalah duduk dengan selesa.

“Sebab dia akan ambil masa, nilah sejenis yang suka borak dengan sesiapa pun on. Siapa partner atau kawan dia sama perangai macam ni juga?” tulis Memey.

Meninjau di ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat Memey bersama keluarga dan ada juga yang berkongsi pengalaman mempunyai ahli keluarga yang sama seperti Norman iaitu seorang yang peramah.

“Boleh geng dengan husband saya, makan masa tunggu dia nak habis sembang.

“Sama macam abah saya, puas tunggu oii. Kalau ada urusan apa-apa, jenuh sakit kepala tunggu dia habis sembang.

“Macam arwah abah saya, kalau time ambil saya balik sekolah jenuhlah kita tunggu atas motor tak gerak-gerak,” tulis wargamaya.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 117,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Dec 2017

BERJUBAH, IMEJ BARU ZUL ARIFFIN

Gambar yang baru sahaja dimuat naik itu telah mendapat 104,642 likes dan ribuan komen dari peminat-peminat beliau yang  mencapai purata 1.8 juta followers

Hiburan Sun, 3 Dec 2017

Fathia Latiff Sebak Dapat Pujian Tun Mahathir

Nur Fathia merupakan salah seorang selebriti tanah air yang kini dilihat semakin berani menyuarakan pendapat berkaitan politik walaupun kadang-kadang apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita ini adalah isu yang sudah berlalu. Lebih menarik lagi, baru-baru ini […]

Hiburan Wed, 6 Mar 2019
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Suami Ziana Zain didakwa cederakan anak

Katanya “Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal,”

Featured Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Fri, 23 Nov 2018

Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Tahniah buat kesemua finalis! Tak sabar nak tengok persembahan mereka di pentas AJL 33 tahun depan.