Hiburan By: SGMS Faida April 27, 2018 @ 11:47am

Novel ‘Pulang’ Kongsi Kisah Sebenar Ahmad Izham Omar

Ikan Goldfish Ikan Gelama,

Takut Disambar Burung Helang,

Wahai Saudari Saudara Semua,

Belilah Novel, Tengoklah Cerita Pulang…

Demikian petikan pantun yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar di Majlis Pelancaran Novel Adaptasi Filem ‘Pulang’.

Menurut beliau, novel ini bakal dijadikan sebagai platform terbaik bagi tujuan memperluaskan kandungan dari digital, TV dan filem.

Pulang mengisahkan sebuah kisah epik merentas tiga generasi, dari tahun sekitar 1940 sehingga ke masa kini.

Menceritakan tentang seorang kelasi bernama Othman yang berasal dari Serkam, Melaka menempuh pelbagai rintangan dan dugaan ketika belayar ke segenap pelusuk dunia untuk memenuhi janjinya mencari harta dan kekayaan buat isterinya, Che Tom dan anak lelaki tunggalnya, Omar.

Sepanjang pemergian suami tercinta, Che Thom setia menanti kepulangan suaminya siang dan malam selama 61 tahun.

Novel yang turut mengangkat kisah kehidupan sebenar Datuk Izham Omar dan Omar Othman ini boleh didapati di pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula hari ini.

Menariknya, buku ini dicetak sebanyak 8,000 naskah sahaja, malah kesemua cetakan edisi terhad ini menampilkan Remy Ishak di muka hadapan! 

Jangan lupa dapatkannya sekarang. Novel ini boleh dibeli dengan harga RM25 di Semenanjung Malaysia dan RM 28 untuk Sabah dan Sarawak. Pastikan korang tak pulang dari pesta buku tanpa novel ini ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 7 Apr 2023
Hiburan Fri, 19 Jan 2018

Tempoh Sebulan Jantina Sebenar Akan DiKetahui

Buat anda semua yang tertanya-tanya, dalam tempoh sebulan JAKIM bakal memberi jawapan ye

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Hiburan Mon, 2 Oct 2023
Hiburan Sun, 12 Jan 2020

Sherry Ibrahim Mahu Terus Berniaga Walaupun…

Kalau buat betul-betul, memang boleh untung banyak berniaga ni…

Hiburan Thu, 20 Jul 2023