Hiburan By: SGMS Enal May 30, 2019 @ 10:47am

Nubhan Teruja Nak Raya Dengan Baby Baru

Penyanyi Nubhan Ahamad mengaku lebih teruja menyambut Aidilfitri tahun ini dengan kehadiran anak keduanya, Ahmad Aaffan yang lahir pada Januari lalu.

Kata Nubhan ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Jedan & Jameela Street di SACC Mall memberitahu persiapan lebih tertumpu kepada anak-anak.

“ Tahun ini saya dan isteri lebih teruja nak balik ke Kuala Pilah memandangkan kami sudah ada sepasang anak. Kiranya saya dan isteri dah ada geng masing-masing.

“ Anak kedua saya baru berusia lima bulan. Ini juga sambutan Syawal pertama buatnya. Sudah pasti fokus baju-baju raya lebih terarah kepada anak-anak,” katanya yang bakal mengambil cuti Raya cuma beberapa hari sahaja.

Tambah Nubhan yang baru tampil dengan single Selamat Jalan Cinta, dia juga sedia aktif dalam bidang lakonan jika menerima tawaran bersesuaian.

“ Perniagaan juga sudah stabil jadi saya memang sudah sedia memasuki bidang nyanyian atau lakonan semula. Isteri tiada masalah beri green light untuk saya aktif semula. Cuma saya belum terima tawaran dalam bidang lakonan. Kalau ada, saya okay,” akhirinya.

Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Taufek telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Aafiya, 2.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Mon, 8 Apr 2019

#xtraGiveaway: Win Two Tickets to Meet and Greet Hyolyn in Kuala Lumpur

Not only will you get to see her, you’ll get to party with her too, California style!

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Fri, 22 Jul 2022
Trending Thu, 23 Apr 2020

Pelajar IPT Diberi Kelonggaran Pulang Ke Rumah – Perdana Menteri

Semoga mereka dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat..

Events Thu, 2 Aug 2018

Isu Barang Tiruan, Neelofa Tak Sependapat Dengan Aliff Syukri?

Nampaknya Neelofa bersetuju dengan kewujudan akaun Instagram @streetwearbustamy. Barulah orang segan nak pakai barang tiruan… Tepuk dada tanya selera ok?