Featured By: Arfah December 6, 2021 @ 2:18pm

Nyanyian Semula Layu Di Hujung Mekar Trending #1 Di YouTube, Ramai Puji Afieq Shazwan Sesuai Bawa Genre Lagu Jiwang!

Lagu Layu Di Hujung Mekar yang dibawakan oleh kumpulan RIO pernah menjadi popular sekitar tahun 90-an dan kini masih lagi didengari oleh penggemar muzik.

Baru-baru ini, syarikat rakaman FMC Music telah memuat naik video nyanyian semula lagu terbabit yang disampaikan oleh Afieq Shazwan.

Lagu yang dikeluarkan pada tahun 1992 itu diberi nafas baru oleh Afieq dalam susunan muzik yang sedikir berbeza berbanding lagu asal.

Versi nyanyian semula Afieq menarik perhatian ramai dan kini ia ‘trending’ di tangga #1 YouTube.

 

“Inilah genre yang paling sesuai dengan tone suara Afieq”

 

Rata-rata peminat yang menonron klip video lagu itu di YouTube sangat menggemari versi yang dibawakan Afieq dan meminta penyanyi itu untuk membawakan lebih banyak lagi lagu genre seperti ini.

 

 

Malah, ada peminat yang mendakwa mereka ketagih dengan versi itu kerana tidak dapat berhenti mendengarnya.

“Best sangat sampai kakak dekat office saya dengar lagu ni dari masuk kerja sampai balik, dari Isnin hingga Jumaat. Sabtu Ahad mungkin dia dengar kat rumah,” tulis seorang penonton di ruangan komen.

Menerusi versi ini juga, ramai yang mula meminati Afieq dan menggelarkan Afieq sebagai penyanyi baru yang suaranya sedap didengari.

Video ini bukan sahaja berjaya meraih minat netizen Malaysia tapi terdapat juga penonton dari negara jiran Indonesia.

“Macam Firman Indonesia, coba bawakan lagunya Firman,” komen seorang penonton dari Indonesia.

Layu Di Hujung Mekar versi Afieq kini meraih hampir sejuta tontonan.

Pada yang tidak tahu, kumpulan RIO yang merupakan penyanyi asal lagul ini merupakan artis pertama yang bernaung di bawah FMC Music pada tahun 1992.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Feb 2023

[VIDEO] Roslan Shah Jalani Rawatan Sihir Secara Live Di TikTok?

Sakitnya tengok.. moga dipermudah segala urusan

Featured Wed, 19 Oct 2022
Events Wed, 4 Dec 2019

K-Clique Cipta Rekod Peribadi

Wah, tahniah K-Clique!

Trending Sat, 2 Feb 2019

Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Nikahi Gadis 18 Tahun, Datuk 75 Tahun Beri ‘Mahar’ Kebun Cengkih

Trending Fri, 14 Feb 2020

[TERKINI] Covid-19 Bakal Ancam Populasi Dunia – Profesor Gabriel Leung

Semoga penyebaran virus ini menemui penawarnya

Featured Tue, 22 Aug 2023

Tepis Dakwaan Sejak Kurus Kuat Bergelek, Fasha Sandha Bidas Netizen Mulut Celupar – “Lagi Malu Kalau Nampak Warak Tapi Munafik”

‘Lagi malu kalau kelihatan warak dan baik, tapi bersifat ‘munafik’ dan hipokrit’ – Fasha Sandha

Hiburan Mon, 23 Sep 2019
Featured Thu, 14 Jun 2018

Tampil Anggun & Elegan Dengan 5 Tip Mix & Match Barangan ALDO

Kalau sudah namanya perempuan, from head to toe semuanya harus serba baharu baik baju, tas tangan, kasut mahupun aksesori sebagai pelangkap gaya di Lebaran.