Hiburan By: SGMS Faida January 28, 2019 @ 3:36pm

Obses Dengan Benda Wangi, Ayda Jebat Sanggup Labur Duit Untuk SASSU

Oleh kerana obses dengan wangian, penyanyi Ayda Jebat mengorak langkah dalam dunia perniagaan dengan menjual produk wangian SASSU, baru-baru ini.

Mengakui penggemar bau wangi, heroin Cinta Bukan Kristal ini bekerjasama dengan adik beradiknya memasarkan beberapa jenis pewangi di bawah jenamanya.

“ Kalau kenalan yang rapat dengan saya, sudah tentu mereka tahu yang saya sukakan bau wangi. Jadi saya ambil langkah untuk mula perniagaan yang dekat dengan diri saya iaitu wangian.

“ Saya percaya semua orang perlu sentiasa tampil kemas dan wangi. Tiada guna kalau muka cantik tapi tak wangi, betul tak,” katanya kepada XTRA.

Terkejut dengan sambutan diterima di Singapura baru-baru ini, Ayda memberitahu produk SASU terjual licin di sana.

“ Saya terkejut apabila tester SASSU pun orang datang nak beli. Alhamdulillah, saya tak sangka dengan sambutan luar biasa di sana.

“ Penjualan SASSU mengikut batch dan boleh dibeli menerusi Online. Saya harap dengan adanya SASU di pasaran, saya dapat membantu pengikut di luar sana tampil lebih yakin,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Drama Sangat Tour 2018 Melabuhkan Tirainya di Tiga Buah Lokasi Ini

Korang nak tahu bagaiman agaknya gelagat artis korang masuk dalam sawah bendang. jom klik artikel ini

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Catat Sejarah Tersendiri, Mini Album DOLLA Dalam Bentuk Cakera Padat Habis Terjual Dalam Tempoh 24 Jam

Mengambil langkah berani untuk melancarkan mini album dalam bentuk cakera padat (CD), percaturan DOLLA berbaloi selepas 1,000 unit album berjudul DOLLA: Mini Album itu habis terjual dalam tempoh 24 jam sejurus dilancarkan baru-baru ini. Menariknya,

Events Wed, 22 Feb 2023

| Live TV

error: Content is protected !!