Hiburan By: Maya Basir August 9, 2022 @ 1:51pm

“Online Dating? Saya Tak Berani” – Usia Menuju 4 Series, Tania Hudson Masih Kekal Single

Pelakon jelita Tania Hudson mendedahkan pasti ramai orang yang pelik dengan statusnya yang masih solo.

Bakal menginjak usia 37 tahun Oktober ini, Tania dilihat sangat berbeza dengan kakaknya, Natasha Hudson yang sudah berkahwin buat beberapa kali.

“Mesti orang pelik, kenapa saya masih single sampai sekarang.

“Saya masih single macam lagu yang menjadi trending di TikTok, Maybe My Soulmate Died (ketawa).

“Memang tiada sesiapa sekarang. Saya rasa masih belum dipertemukan dengan lelaki yang betul-betul sesuai dan ada minat sama dengan saya,” kata Tania.

Memetik laporan Kosmo, Tania atau nama sebenar Tania Nadira Hudson tidak pasti dengan sangkaan sama ada lelaki takut untuk mendekatinya namun dia tetap yakin dengan aturan Tuhan.

“Tak tahulah. Mungkin belum lagi (jodoh sampai). Saya percaya Allah tahu masa yang paling tepat untuk saya berkahwin.

“Tahun ini 37 tahun. Soal jodoh, saya memang sangat berhati-hati sebab perkahwinan adalah sesuatu yang serius. Tanggungjawab dan semua itu perlu hadir sama dalam hubungan suami isteri,” ujarnya.

Pelakon yang bakal muncul dalam filem Abang Long Fadil 3 ini mengakui sudah terdetik dihatinya untuk berkahwin apabila usianya sudah hampir ‘4 series’.

“Dahulu saya tak kisah sangat pasal jodoh. Bila nak masuk usia 40-an, ada juga terdetik (bila nak sampai jodoh). Tapi, saya masih berpegang dengan prinsip bahawa Allah lebih tahu segala-galanya.

“Allah tahu tapi kita sendiri kena usahalah. Jodoh bukan sesuatu yang datang begitu sahaja. Tapi entahlah, sebab Covid-19 lebih dua tahun, susah nak letakkan usaha bab jodoh sampai saya sekarang nak masuk ‘4 series’ dah,” katanya.

Mengulas tentang segelintir wanita bertemu jodoh secara atas talian, Tania mengakui dia tidak berani memperjudikan urusan sepenting jodoh dalam platform tersebut.

“Saya tak beranilah benda-benda macam itu semua. Saya tak suka dan saya taklah sampai terdesak ke arah itu. Macam saya cakap, Allah tahu bila jodoh saya akan sampai,” katanya.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 17 Apr 2022

Penghasilan Al Quran Bertulis Tangan Di Dalam Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga

Dokumentari Istimewa Nuzul Quran, Tinta Syurga mengisahkan bagaimana penghasilan Al-Quran dilakukan.

Featured Thu, 24 Nov 2022

Pengarah Filem, Azhari Zain Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun

Featured Wed, 8 Feb 2023

Didakwa Jalin Hubungan, Dhabitah Sabri & Jiggy Masin Bakal Tamat Zaman Bujang?

Wah, kalau betul apa salahnya, hangpa boleh makan nasi minyak🧡

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Crossroads : One Two Jaga Dominasi FFM30 Selepas AMPFKL 2018

Tahniah diucapkan buat semua pemenang FFM30

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
Trending Wed, 9 Dec 2020
Events Fri, 12 Oct 2018
Trending Fri, 29 Mar 2024

Beli Rumah Dan Berpeluang Untuk Dapat Jongkong Emas? Wow Memang Bling Bling Lah Raya Tahun Ni!

Raya datang lagi! Macam biasa,nak raya ni, mestilah ada deals menarik dan seperti biasa, antara pemaju yang tak pernah missed kasi deals menarik time raya adalah LBS Bina! Setiap tahun,inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang […]

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Ingin Mahu Rehatkan Diri Sebentar

“Tidak Merajuk, Hanya Mahu Rehatkan Diri Sebentar”