Operation Fortune: Ruse De Guerre Filem Aksi Penuh Adrenalin Buat Peminat Tak Senang Duduk!

Pengarah Guy Ritchie yang pernah menghasilkan filem seperti “Snatch dan “Sherlock Holmes” kembali menghasilkan karya filem terbaharunya yang berjudul Operation Fortune: Ruse De Guerre.

Filem ini berkisarkan tentang seorang perisik hebat, Orson Fortune (Jason Statham) perlu menjejaki dan menghentikan penjualan teknologi senjata baharu oleh seorang jutawan broker senjata, Greg Simmonds (Hugh Grant).

Dengan berat hati, Orson perlu bekerjasama dengan beberapa ahli perisik terbaik dunia yang lain; Sarah Fidel (Aubrey Plaza), Nathan Jasmine (Cary Elwes), J. J. Davies (Bugzy Malone), Orson Fortune.

Pasukan baharu Orson itu juga telah merekrut seorang bintang filem terkenal Hollywood, Danny Francesco (Josh Hartnett) untuk membantu mereka dalam misi penyamaran mereka dengan mengembara pelbagai tempat untuk menyelamatkan dunia.

Bagaimanapun rancangan mereka tidaklah mudah dan penuh dengan pelbagai plot yang tidak dijangka-jangka buat para penonton. Semestinya aksi Orson watak yang dibawakan oleh Jason Statham itu paling mencuri perhatian ramai.

Mampukah pasukan perisik ini menghentikan penggunaan senjata berbahaya tersebut? Jadi, jom kita saksikan Operation Fortune: Ruse de guerre di pawagam berhampiran bermula 16 Mac 2023 ini.

 

Maya Basir