“Orang Ingat Saya Nak Pergi Nikah” – Tampil Dengan Jubah Putih, Isteri Hafidz Roshdi Bersemangat Hadir Di Mahkamah

Kemelut rumah tangga antara pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Sukri dijangka akan berakhir dengan baik hari ini selepas kedua-duanya hadir di Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam, Selangor bagi menghadiri prosiding perbicaraan.

Shuhada yang kelihatan bersemangat hadir dengan memakai jubah berwarna putih, namun mengaku tidak ada maksud yang simbolik dalam pemilihan pakaiannya itu.

“Doakan yang terbaik untuk saya. Insya-Allah hari ini akan selesai. Saya rasa bersemangat hari ini.

“Tadi terjumpa orang ingat saya nak pergi nikah,” katanya.

Sementara itu, Hafidz yang hadir pada jam 9.10 pagi tadi turut memberi bayangan bahawa konflik rumah tangganya bersama Shuhada juga akan berakhir dengan baik.

“Insya-Allah semuanya akan selesai dengan baik,” jelasnya.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah memfailkan cerai di mahkamah pada 27 Februari lalu.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin