Featured By: Atiqah Johari May 11, 2023 @ 6:58pm

“Orang Kata Saya Kejutan Budaya” – Penampilan Mendedahkan Dada & Berantai Dikritik, Ini Respons Naufal Azrin!

Baru-baru ini, penampilan penyanyi Naufal Azrin dikritik apabila dia mengenakan rantai leher dan sut lengkap berwarna merah namun mendedahkan bahagian dadanya dalam sebuah program nyanyian.

Susulan itu, ramai yang mendakwa dirinya sudah berubah daripada imejnya yang dikenali dengan imej sopan.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Naufal menjelaskan bahawa penampilannya itu bukan pengukur untuk menyatakan dirinya sudah berubah.

Naufal juga menegaskan bahawa keperibadiannya masih seperti orang kenali sebelum ini.

“Saya ini sangat menekankan soal adab dengan sesama manusia. Kalau orang kata personaliti saya jenis sopan, saya masih lagi yang itu.

“Ada juga orang kata saya kejutan budaya. Orang yang tahu saja kenal saya macam mana,” ujarnya kepada Harian Metro.

Walaubagaimanapun, pelantu lagu Casablanca itu menyatakan bahawa dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif yang dilontarkan dan mahu fokus berikan yang terbaik dalam program nyanyian itu.

“Cara saya terima kritikan itu adalah saya tak baca komen sangat. Sebab saya lebih fokus terhadap pergerakan saya dalam Big Stage,” jelasnya.

Kongsinya, busana yang dikenakan olehnya pada malam itu dipilih dan diuruskan oleh pasukan profesional bagi mengikuti konsep program tersebut.

“Apa yang saya pakai itu adalah konsep untuk minggu itu. Minggu-minggu seterusnya pun akan ada konsep-konsep tertentu.

“Semuanya daripada perbincangan pihak pengurusan dan ramai orang lagi yang berurusan dengan saya,” tuturnya lagi.

Artikel Berkaitan: Penampilan Baharu Naufal Azrin Pakai Rantai, Sarung Baju Terdedah Nampak Dada Buat Netizen Tak Senang Duduk

Artikel Berkaitan: Isu Pakai Rantai & Tunjuk Dada, PU Syed Beri Teguran Pada Naufal Azrin – “Halal Dan Haram Jangan…”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Dec 2018
Hiburan Tue, 19 Dec 2017

NURFARAHIN JAMSARI: “I NEVER SAID NO TO MY BOSS”

Learn from the legendary TV host on how to be better at your job.

Hiburan Fri, 10 May 2019

Ini Sebab Kenapa Korang Kena Layan Drama Terbaru “The Promise” Di 8TV

Drama konflik keluarga antara dua zaman, jangan lupa saksikan The Promise di 8TV!

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Kumpulan muzik terkenal Indonesia Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menggegarkan Pesta Muzik Kuantan. Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di […]

Featured Mon, 22 Aug 2022

[VIDEO] Lucu! Jebat Jayden Kantoikan Sharnaaz Ahmad Ada Girlfriend

Alahai comelnya! Spontan je dia jawab baba dia.

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

‘Bercakap Pun Dah Mengah’- Adira Berdebar Tunggu Masa!

Saya juga mudah terlelap, kadang kala sedang berhenti di lampu isyarat pun sempat tertidur.

Trending Tue, 28 Jul 2020
Featured Sun, 20 Nov 2022