“Orang Luar Boleh Cakap Macam-Macam…” – Rumah Tangga Didakwa Bermasalah, Adira Suhaimi Beri Amaran Jangan Suka Hati Buat Spekulasi!

Penyanyi Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya bersama suami Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red goyah.

Menurut Adira dakwaan tersebut tidak benar sekaligus enggan mengulas lanjut mengenai terbabit.

“Saya no komen. Apa yang kau orang dengar tu selagi tak ada apa-apa yang keluar dari mulut saya tu, tak adalah. Jangan buat spekulasi!

“Orang luar boleh kata macam-macam. Nak rimas sangat pun tak boleh dah memang lumrah semua benda kalau kita ni sebagai public figure semua benda orang nak ambil tahu, tu lah nak sangat jadi artis kan? Terima jelah,” katanya.

Mengulas lanjut, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32, ‘malas’ mengambil tahu dan melayan tuduhan tersebut dek kerana banyak perkara yang perlu diutamakan termasuklah memberikan fokus kepad anak-anaknya.

“Bagi saya jangan dilayan benda tu, sebab benda yang saya rasakan tak penting saya tak akan layan. Saya lebih fokus untuk besarkan anak-anak. 

“Tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab saya banyak benda nak kena jaga termasuklah beberapa brand yang melibatkan saya,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai tindakan netizen yang mempersoalkan rumah tangganya termasuklah menyentuh isu dalam kain menerusi pesanan terus, pelantun lagu Pujaan Hati ini menafikan perkara tersebut.

“Mereka tak ada peluang untuk berbuat demikian kerana saya tidak membuka ruangan itu.

“So, setakat ini memang tak ada. Saya sendiri perlu jaga mental dan privasi saya,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini sedang sibuk dengan pertandingan Famili Duo musim ketiga (FD3) bersama kakaknya, Emma Suhaimi.

Sekadar info, FD3 bersiaran secara langsung menerusi TV3, Pada setiap hari Ahad jam 9 malam.

Selain Adira, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Shila Amzah dan Syahir, Ryan Bakery dan Adam Bakery, Syarif dan Syaiful serta Fuad Rahman dan Tom antara peserta yang turut bertanding dalam program kali ini.

Terdahulu, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan dengan empat cahaya mata, Anggerik,6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayoub yang kini berusia setahun.

 

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin