Hiburan By: Padin March 9, 2023 @ 6:00am

“Pada Awalnya Saya Risau, Tapi…” – Ana Nayla Jadi Duta, Ayda Jebat Buat Tabungan Masa Depan Anak

“Pada awalnya saya risau. Bukan mudah untuk menjalani penggambaran dan sesi fotografi, orang dewasa pun penat, apatah lagi bayi.”

Demikian kata-kata penyanyi dan pelakon Ayda Jebat ketika diminta mengulas mengenai rezeki anaknya, Ana Nayla yang mula dilamar menjadi duta untuk beberapa jenama.

Menurut Ayda, dia dan suami, pengacara Nabil Mahir meletakkan syarat sekiranya mahu mengambil Nayla menjadi duta.

“Nayla bakal menginjak usia dua tahun pada September ini. Mula-mula memang saya dan suami risau, takut Nayla penat mahu menjalani penggambaran atau sesi fotografi. Namun, saya fikirkan ini rezeki anak. Barangan yang mahu menjalin kolaborasi pun sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Nayla pun memang menggunakan jenama terbabit.

“Jadi, kami letakkan syarat jika mahu melakukan sesi penggambaran dan fotografi, mestilah ia dihabiskan secepat mungkin. Syukur, ketika ia berlangsung, Nayla memberikan kerjasama yang baik dan dia suka dengan suasana di set penggambaran. Kami memberikan Nayla rehat secukupnya serta memainkan lagu kegemarannya ketika sesi terbabit,” kata Ayda.

Ayda ditemui di majlis pengumuman dirinya, Nabil dan Nayla sebagai duta Chicco, jenama barangan bayi dan kanak-kanak terkemuka Itali, baru-baru ini.

Selain itu, Chicco turut melancarkan produk terbaharu mereka iaitu ‘sterilizer’, ‘dryer’, ‘bottle warmer’ dan ‘MYSA stroller’.

Menganggap peluang yang diberikan Chicco sebagai rezeki, Ayda menyimpan semua bayaran yang diterima Nayla dalam akaun simpanan.

“Nayla sudah ada akaun bank sejak usianya enam bulan. Semua bayaran yang diterima Nayla disimpan dalam akaun miliknya. Selain itu, saya dan suami juga memperuntukan bayaran yang kami terima dalam setiap kerja seni dan kerjasama dengan jenama untuk Nayla.

“Kerjasama Chicco ini memang kami anggap rezeki Nayla. Kami memang menggunakan produk ini semenjak Nayla lahir dan ia memang berkualiti serta mudah untuk digunakan. Semoga apa yang diterima Nayla boleh digunakan untuk pendidikan dan masa depan Nayla,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 13 Feb 2022
Trending Tue, 7 Apr 2020

Lebih 4 Juta Pekerja Dapat Manfaat Dalam Pakej Prihatin Tambahan PKS!

Alhamdulillah, sama-sama kita manfaatkan dengan sebaiknya.

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

Featured Thu, 4 Aug 2022

Noh Salleh Dan Mizz Nina Sah Bercerai?

Kenapa min yang sebak???

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Keakraban Nourul Depp Dengan Bapa & Mak Mertua Curi Perhatian Ramai – “Mesra Sangat!”

Bestnyaa bersantai luangkan masa bersama keluarga tersayang! Cantik rumah Nourul di Bali 🤩🤩

Trending Thu, 20 Aug 2020
Featured Tue, 21 Apr 2020
Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

| Live TV