Hiburan By: Padin April 21, 2022 @ 6:58am

Padam Foto Seksi & Free Hair, Putri Najuwa Kini Berhijab – “Ini Bukannya Hidayah Atau Terbuka Pintu Hati, Tapi…”

Pelakon Putri Najuwa kini tampil dengan imej berhijab semenjak sambutan hari lahirnya pada November lepas.

Pemilik nama sebenar Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 35, ini bercerita mengenai perubahan penampilannya.

“Sejujurnya, saya masih tak bersedia untuk memakai tudung. Bila nak cakap saya menyarungkan hijab kerana sudah bersedia, saya rasa belum lagi kerana setiap hari saya belajar benda baru.

“Setiap hari adalah cabaran untuk saya. Susah sebenarnya, tapi syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sebenarnya, suami ada bagi ‘hint’ juga, tapi saya kata kepada suami, perkara ini tak boleh dipaksa kerana takut saya buka tudung semula nanti.

“Sebelum ini, saya memang gemar mengikuti kelas agama dan mendengar ceramah. Perkara itu bermula perlahan-lahan. Bermula sambutan hari lahir saya tahun lalu, ketika baru nak pakai tudung, saya banyak berniat, ‘Ya Allah, aku pakai tudung kerana Kau, Ya Allah. Permudahkanlah untuk aku.’

“Ini bukan hidayah atau bukannya terbuka pintu hati, tetapi ia sebagai satu cabaran yang saya perlu hadapi setiap hari. Sekarang pun saya sedang belajar asasi pengajian Islam di Yayasan Ta’lim. Jika semuanya dipermudahkan, saya boleh ke peringkat diploma pula,” katanya.

Aktres drama bersiri Dawai Kasih ini ditemui di Majlis Ihya Ramadan meraikan anak-anak yatim dan asnaf bersama Royale Kukur x Putri Najuwa anjuran Pertubuhan Amal Bakti Se-Malaysia bersama kawasan rukuntetangga (KRT) PPR Intan Baiduri & Syarikat Impian Ramai F&B Sdn Bhd pada Sabtu.

Masih menerima tawaran lakonan, Najuwa memberi fokus terhadap pelajaran dan bisnes terlebih dahulu.

“Saya ada menerima tawaran selepas bertudung tapi saya rasakan macam tak kena pula, lagi-lagi buat masa ini, saya sedang sibuk dengan pelajaran dan mempromosikan bisnes. Rindu sangat nak ke set penggambaran tetapi buat masa ini, saya beri fokus kepada perkara lain dahulu.

“Seperti sebulan Ramadan ini, saya memang fokus untuk mempromosikan Royale Kukur, produk berasaskan cendawan kukur milik syarikat ibu saudara saya. Sebagai jurucakap untuk kempen sepanjang Ramadan ini, saya menggunakan platform media sosial untuk membuat hebahan mengenai kelazatan produk.

“Saya yakin dengan produk ini kerana baru-baru ini, ia diiktiraf oleh Asean Food & Travel Awards 2022 sebagai pengeluar produk cendawan kukur yang pertama di Malaysia. Saya juga gembira kerana dapat turun padang ke program sebegini untuk menyantuni anak-anak yatim dan asnaf,” katanya pelakon drama Waris Kasih ini lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 28 Apr 2018

Finally! Kim Jong Un Wants Peace With South Korea

Has the decades-long war finally ended?

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Aduh! 15 Tahun Berlalu, Faizal Tahir Seakan Tak Percaya Bila…

Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dia insan pertama yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu…

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Memang Trend Artis Tutup Ruangan Komen Ke?

Kenapa agaknya? Adakah ini antara langkah berjaga-jaga seseorang artis untuk tidak dikecam?

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

‘Kami Rasa Lebih Selamat’- NAMA

Kumpulan NAMA yang mencipta fenomena tersendiri selepas menjadi pilihan juri pada Asia’s Got Talent (AGT) lalu rasa lebih ‘selamat’ apabila masyarakat lebih mengenali NAMA berbanding secara individu. “Orang hanya kenal NAMA tapi bukan individu, kalau […]

Trending Mon, 5 Mar 2018

Jumpa Anak Sendiri Tapi Tak Mengaku…Camne tu?

Lelaki berkenaan mendakwa menemui bayi lelaki masih bertali pusat dalam kotak ditinggalkan di atas but keretanya selepas dia selesai berjoging 5.30 pagi.

Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana 😡🤬🤬