Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

Selepas dikecam teruk apabila tampil memakai pakaian ketat pada program hiburan yang dikendalikannya baru-baru ini, pengacara Hawa Rizwana akhirnya membuka mulut mengenai isu tersebut.

Katanya, dia masih dalam proses belajar dan menyesuaikan diri dalam industri terutamanya dalam banyak aspek termasuklah cara berfesyen.

“Saya masih lagi dalam proses belajar dalam industri dari banyak aspek termasulah dari segi berfesyen,” katanya.

Bagaimanapun, sedar dengan kritikan dan kecaman yang diterima, bekas penyampai berita TV3 itu akhirnya mengambil inisiatif untuk memadam foto tersebut di Instagram miliknya.

Terdahulu, pemilik nama Hawa Rizwana Ahmad Rezuan, 27, pernah dikritik netizen apabila memuat naik hantaran di Instagram miliknya dengan memakai t-shirt dan jaket berwarna gelap yang dipadankan dengan seluar kulit ketat berwarna hitam.

Bahkan, outfit sukan berbasikalnya juga sering mencuri perhatian netizen sehinggakan ada yang mengklasifikasikannya sebagai tidak sesuai dengan imej wanita berhijab yang dibawanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Nampak Leher Dan Telinga, Fesyen Hawa Rizwana Dikritik Netizen – “Makin Lama Macam Tak Kena Gaya”

ARTIKEL BERKAITAN: Outfit Sukan Dikritik Terlalu Ketat, Ruangan Komen Hawa Rizwana Dibanjiri ‘Tarbiah’ Netizen

ARTIKEL BERKAITAN:Dihentam Teruk Gara-Gara Berseluar Ketat, Hawa Rizwana Tampil Mohon Maaf – “Saya Tiada Niat Sakitkan Hati Orang”

Salma Syahbuddin