Featured By: Arfah January 5, 2022 @ 12:59pm

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor.

Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal ketika turun padang melawat mangsa banjir.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil menerusi hantaran Instagram memaklumkan dia mendapat idea untuk membangunkan kedai barang keperluan percuma bagi memudahkan mangsa banjir di Bukit Changgang.

“Idea ini tercetus hasil dari wang sumbangan orang ramai. Mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barangan keperluan mereka secara percuma,” tulis Pak Nil.

Kedai yang diberi nama Kedai Percuma Paknil itu sudah memperoleh lebih dari RM70,000 hasil sumbangan Pak Nil sendiri dan orang ramai.

“Nak pampers ke nak bawang, nak minyak, nak berus gigi, nak telur, bahan cuci, sardin, kita letak di sini. Tapi ketua rumahlah datang ambil. Kalau kata ada yang tak mampu, kita ada rider yang boleh hantar.

“Ambil untuk keperluan sendiri ya bukan mengikut nafsu,” kata Pak Nil menerusi video yang dimuat naik bersama hantaran itu.

Pak Nil menjelaskan barangan di Kedai Percuma Paknil merupakan barangan baru dan bukan barangan yang terpakai.

 

Kedai Percuma Pak Nil telah dilancarkan pada 30 Disember tahun lalu dan kini sedang giat beroperasi di kawasan terbabit.

Di hantaran Instagram yang terbaru, Pak Nil meluahkan rasa sebak apabila melihat sebuah banner yang bertulis ‘Terima Kasih Pak Nil Dari Penduduk Bukit Changgang’ dinaikkan di sebuah dewan orang ramai di Bukit Changgang.

“Pak Nil bukan keseorangan tapi disertai followers Pak Nil yang menyumbang. Terima kasih semua,” tulis Pak Nil di ruangan kapsyen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Sep 2022
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sufian Suhaimi Akui Beliau Kini Tidak Lagi Mengejar Cinta

“Tidak mengejar cinta, hidup menjadi lebih tenang.” Jelas Sufian Suhaimi…..

Featured Mon, 5 Dec 2022
Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Bruno Mars Throws Towel at Disrespectful Lady During Concert in Japan

Bruno was so infuriated at her that he threw the towel out of rage.