Pakai Baju Seksi, Isteri Yonnyboii Minta Netizen Jangan ‘Sibuk’ – “Anda Tiada Hak! Selagi Mak & Suami Benarkan Kenapa Tidak?”

Isteri kepada penyanyi rap, Yonnyboii iaitu Nik Nazira memberi pesanan untuk tidak menegur atau memberikan komen terhadap cara pemakaiannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, sebagai seorang anak dan isteri dia tidak perlukan pendapat orang lain untuk menegur penampilan atau cara pemakaiannya.

“Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tak ada hak untuk menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai,” katanya.

Sebelum ini, Nazira pernah mengejutkan orang ramai apabila kembali  ‘Free Hair’ selepas genap setahun mengenakan hijab.

Namun, dia berharap agar warganet sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

“Bagi saya tak adalah penampilan baru. Sebab saya baru cuba bertudung setahun. Bagi saya doakan jelah yang baik-baik.

“Sebab kita tak tahu mungkin dalam masa setahun dua ni, mungkin saya lebih baik daripada orang yang kutuk tu, atau orang yang kutuk tu jadi lebih teruk daripada dia sekarang sebab kita tak tahu jalan hidup kita,” jelasnya.

Salma Syahbuddin