Hiburan By: SGMS Faida December 14, 2018 @ 4:22pm

Pakai Seksi? Thank You, Next!

Pelakon Eyra Hazali mengaku akan menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukannya berpakaian seksi.

Eyra yang meledak selepas drama Mr Grey ditayangkan beberapa tahun dahulu memaklumkan dia akan sentiasa mengingati pesan bapanya yang menasihatkan agar berhati-hati ketika memilih watak.

“ 13 tahun saya berada dalam industri lakonan, saya cukup teliti sebelum bersetuju untuk berlakon dalam sesebuah drama.

“ Mungkin saya seorang gadis yang tak berhijab namun itu bukan lesen untuk saya memakai pakaian yang mendedahkan bentuk tubuh. Sebelum bersetuju untuk berlakon, saya akan mendapatkan persetujuan daripada ibu-bapa terlebih dulu,” katanya kepada xtra.com.

Eyra yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Drama Televisyen (TV) Kanak-Kanak Terbaik pada Anugerah Sri Angkasa 2010, hasil lakonannya dalam telefilem, Anak Anak Lorong, ketika berusia 11 tahun berkata dia pernah berdepan pengalaman buruk sebelum ini.

“ Saya pernah menangis satu jam di set penggambaran apabila disuruh memakai dress yang agak mendedahkan aurat.

“ Kalau boleh saya tidak mahu lagi memakai pakaian mencolok mata sesuai. Ia juga salah satu persediaan sebelum bergelar seorang isteri,” kata tunang kepada pemain bola sepak JDT, Haziq Nadzli. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

Cahaya Mata Wed, 28 Dec 2022

Sedih Jauh Dengan Keluarga, Sajat Lebar Sayap Buka Perniagaan Di Australia

Usahawan kontroversi, Nur Sajat mendedahkan dirinya sedih setelah lama berjauhan dengan keluarga. @sajatperempuanfuh Replying to @mariabritneyyy ANAK-ANAK ADALAH KEKUATAN SAJAT #fyp #fypシ #sajat #nursajat #foryou #viral #fypシ゚viral ♬ original sound – SajatNur Menerusi hantaran yang […]

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Featured Sat, 12 Aug 2023
Hiburan Tue, 23 Aug 2022

Didakwa Gelak Kuat Kerana Suka Perhatian, Janna Nick Berlawan Dengan Penyakit

Semoga Janna terus kuat menghadapi ujian hidup ini.