Pakai Topi Pesanan ‘Happy Meals’ Buat Konsert, Peminat Terhibur Dengan Gelagat Azfar Heri

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri sekali lagi mencuri perhatian peminat selepas melihat gelagatnya yang sedang berangan membuat konsert berlatar belakangkan lagu-lagu penyanyi antarabangsa, Beyonce.

Menerusi perkongsian di TikTok, Azfar telah memuat naik video tersebut sambil memakai topi pesanan ‘Happy Meals’ yang tular baru-baru ini.

“Tengah buat concert ada technical issue pulak, mic buat hal,” tulisnya.

@azfarheriiTengah buat concert ada technical issue pulak, mic buat hal 😩

♬ original sound – azfarheri

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya.

Setakat ini, video yang tular itu telah mencecah 60,000 tontonan dan menerima lebih 6,000 tanda suka di TikTok sejak perkongsian itu dimuat naik.

Fatin Nurain