Featured By: Maya Basir January 5, 2023 @ 5:54pm

Pakej Umrah RM35,000 Didakwa Harga ‘Yahudi’, Netizen Back Up Neelofa & PU Riz – “Bukan Target Market Dia, Diam”

Nama pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi terpalit kontroversi gara-gara bekerjasama dengan agen pelancongan Omrah Travel yang menawarkan pakej umrah bernilai RM35,000.

Menerusi perkongsian Omrah Travel di Instagram, pakej umrah yang ditawarkan adalah pakej VVIP iaitu untuk 12 hari, 10 malam serta dapat bersama dengan Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz.

Selain itu, pakej tersebut menyediakan penerbangan kelas perniagaan, pengangkutan bas VIP, makanan bufet semasa penerbangan dan hotel penginapan 5 bintang.

Kemudian, seorang individu memuat naik tangkapan skrin pakej tersebut di Twitter yang terkejut dan memerli dengan harga yang ditawarkan.

“Wow RM35,000 ye umrah dengan Hajah Neelofa, confirm syurga ke ni?,” tulisnya.

Namun, rata-rata netizen tampil membidas kenyataan individu tersebut yang mengatakan pakej umrah ini mempunyai pasaran sasaran mereka tersendiri.

“Busuknya hati ada travel agency lagi mahal dari RM35,000 ni. Tapi sebab dia Neelofa, you nak pin point every single thing dia buat. Hotel dia provide tu tak murah ye, per night boleh cecah RM1,700 paling murah. You tak mampu then diam-diam je, you bukan target market dia. Simple.

“Awak bukan target dia so diam je.

“Yang mampu pergi dengan pakej mahal pergilah. Nikmati rezeki yang Allah bagi. Bagi yang bajet ciput pergilah dengan harga bajet korang,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 17 Oct 2019

Cristiano Ronaldo Is Officially The Richest Celebrity On Instagram!

You’ll be surprised to find out who else on the list..

Featured Tue, 1 Nov 2022

Buat Kerja Amal, Shaza Bae Jual Sebahagian Baju Untuk Didermakan

Pelakon tinggi lampai Shaza Bae meraih pujian warganet kerana menjual baju-bajunya dan separuh keuntungan hasil jualan baju tersebut akan didermakan kepada golongan yang memerlukan. Shaza memberitahu kepada warganet semasa sesi live di Instagram, dia merupakan […]

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Cantiknya Gambar Pre Wedding Fasha dan Aidil

Sama cantik sama padan tak sabar menunggu tarikhnya nanti disatukan

Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Trending Sun, 9 May 2021
Featured Wed, 11 Apr 2018

Nak Tahu Apa Yang Ada Dalam Kapal Cruise Terbesar Di Dunia? Tengok 10 Gambar Ini

Walaupun pengalaman menaiki cruise tak selalunya syok, anda perlu tengok dulu apa yang anda boleh enjoy ketika menaiki kapal ini. Takkan bosan!

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

Kenapa Nikita Mirzani Batal Hasrat Bersalin Di Singapura?

Tinggal dua hari sahaja lagi Nikita akan masuk hospital!