“Pakwe Kau Handsome? Botak Tak?” – Song Mino Berbahasa Melayu, Peminat Malaysia Terhibur

Penyanyi rap Korea Selatan, Song Mino, 28 baru-baru ini tampil di dalam satu video TikTok peminatnya yang menunjukkan dia berbahasa Melayu.

Peminatnya yang dikenali sebagai Sara berasal dari Malaysia berpeluang membuat panggilan video bersamanya di aplikasi komunikasi, Line.

Video yang berdurasi 12 saat itu memaparkan Mino bercakap menggunakan ayat ‘trending’ di TikTok.

“Pakwe kau handsome? Botak tak? Tak? Erm, Lemah,” sebut Mino.

“Patut tambah slebew hahaha”

Kelancarannya dalam menyebut ayat di dalam Bahasa Melayu membuatkan peminat kagum dan terhibur.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan dan 252.9 ribu tanda suka di TikTok.

Sementara itu, persahabatan antara Mino dan ahli kumpulan BLACKPINK, Jennie menjadi perhatian peminat mereka baru-baru ini kerana menunjukkan hubungan persahabatan yang akrab di media sosial.

Peminat menyifatkan persahabatan mereka seperti hubungan adik-beradik kerana mereka saling menyokong karya seni masing-masing.

Arfah