Categories: HiburanSelebriti

Pandainya! Hairul Azreen Kongsi Momen Alisa Aisyah Belajar Solat & Baca Surah Al-Fatihah

Selebriti terkenal Hairul Azreen tampil berkongsi momen ketika dirinya mengajar anak perempuannya, Alisa Aisyah menunaikan solat dan membaca surah Al-Fatihah.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Hairul menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Alisa turut kelihatan comel apabila mengenakan telekung bersaiz dewasa berwarna hitam.

“Alisa Aisyah,” tulisnya.

Kagum melihatan kelembutan Hairul membimbing puteri kesayangannya itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

Malah, ada juga yang memuji cara bacaan si cilik itu yang menjaga tajwidnya ketika membaca surah Al-Fatihah.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut turut meraih sebanyak 60,900 tontonan dan 9,237 tanda suka.

@hairul_azreen88Alisa Aisyah♬ original sound – Hairul Azreen 88

 

Fatin Nurain